Friday, September 28, 2007

MINGGU PERTAMAKU

Minggu lepas adalah minggu pertama sesi pengajian 07/08. Minggu permulaan bagi cermin berada di tahap seterusnya dalam rangkaian tahap pengajian di peringkat ijazah setelah berjaya meredahi gelombang sukatan pembelajaran dalam ujian peperiksaan penggal lalu. Alhamdulillah…….walaupun di sana masih berbaki 3 mata pelajaran yang perlu diulang semula.
Minggu itu dilalui dengan begitu sukar kerana terpaksa mengikat diri semula dengan jadual kuliah setelah hampir 2 bulan sebelum ini bercuti panjang di musim panas. Kaki ini terasa berat melangkah di pagi hari menjejak laman pusat pengajian. Seolah rantai yang membelenggu dan mengikat kemas di tiang rumah tidak mahu berpisah dengan kaki tuannya.
Ditambah pula bulan puasa sebegini. Ingin saja memerap di rumah melayani karenah perut berbunyi, melelapkan mata dan merehatkan badan yang sentiasa minta direhatkan. Mungkin itu saja yang terbaik untuk dilakukan seawal musim pengajian ini.
Namun orang kata permulaan itu adalah segalanya. Hebat langkahan pertamanya, maka hebat jugalah nanti natijahnya. Tapi, kalau awal-awal lagi dah ceroi, tiada semangat, mandom aje, alamatnya tersungkurlah nanti di balik impian yang dibina. Sia-sia…..
Mungkin benar pepatah arab yang berbunyi “jika di awal semangatnya bergelora, maka di akhir juga semangatnya akan bergelora”. Insya Allah, itulah yang akan cermin cuba amalkan dan semangat itulah juga yang akan disemai buat penjana kemajuan diri.


p/s ( selagi mana ujian datang dan bertimpa-timpa ke atas diri kita, selagi itulah sebenarnya diri kita dimuliakan jika kita mampu menghadapinya )

5 comments:

SoalHati said...

selamat mulakan pembelajaran..kat sini minggu pertama, kedua, bersemangat, tapi bukan semangat belajar, semangat planning;)

Unknown said...

Selagi kita diuji, selagi itu kita tidak perlu bimbang sama ada Allah lupa ataupun ingatkan kita :)

tintaHati said...

Ayat yang akhir itu umpama ubat bagi saya yang sudah kelelahan...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cahayamata,
o....camtu, terbalik pula.apa2 hal pun itulah cabaran belajar.

zalisa,
terima kasih mengingatkan.

tintahati,
memang anda ada sakit lelah ke?.....kena cepat berubat nanti bertambah teruk.

faridmw said...

salam..
selamat berpuasa...
salam ziarah blog...
selamat memulakan pengajian...
moga kejayaan akan bersama anda....