Saturday, July 19, 2008

ISLAM DAN MUALLAF


Selepas dikaji dan diteliti, islam itu sememangnya agama rahmat. Mesej yang dibawa dan yang diajarkan oleh agama itu jelas iaitulah membawa serta menganjur kepada kebahagiaan dan kesejahteraan ummat manusia. Kebahagian di dunia mahupun di akhirat. Itu perkataan mereka. Golongan yang telah memeluk islam selepas beberapa marhalah kajian yang mereka lakukan.
Golongan ini lazimnya amat berpegang teguh dengan tuntutan islam. Ini kerana mereka bukanlah memeluk islam atas dasar nasab dan keturunan, tetapi setelah mereka menemui di dalam ajaran islam itu apa yang memuaskan hati mereka. Malah mereka telah melalui tempoh yang panjang dan beberapa peringkat hidup sebelum mengiyakan islam sebagai agama mereka.
Tanyalah rakan-rakan muallaf di sekeliling anda dan berkongsilah pengalaman dengan mereka, nescaya anda akan mendapat satu natijah yang amat teliti dan kekadang ianya tidak pernah terlintas di benak fikiran kita. Beberapa konsep dan pembawaan islam yang cukup bernilai. Dengan kajian yang dilakukan dan hasil yang ditemui inilah dikira menjadi penyebab untuk mereka sama-sama teguh dalam menyebarkan islam dan mempertahankannya.
Realiti yang ada memperlihatkan golongan ini kebanyakkan mereka dan kebiasaannya cukup memahami kehendak dan ajaran islam. Jarang sekali kita mendengar mereka ini akan kembali berpaling tadah atau murtad selepas pengucapan dua kalimah syahadah yang dilakukan. Rahsianya kembali kepada penilaian dan hasil penerokaan mereka.
Wajar sebenarnya bagi kita berkongsi hasil natijah ini bagi memperkuatkan lagi keyakinan kita bahawa islam itu adalah agama kebenaran. Bukan sekadar agama ikutan dan keturunan. Bukankah hikmah itu harta kehilangan orang muslim, maka di mana sahaja mereka temui mereka perlu mengutipnya.
Alangkah ruginya kita bila orang luar sibuk menilai dan memuji konsep ajaran islam, kita orang muslim hanya memandang endah tak endah terhadapnya. Cukup rugi. Tiada kerugian yang lebih besar daripada kerugian ini kerana ia melibatkan kehidupan kita. Kehidupan masa ini dan kehidupan di akhirat kelak.

Ambillah pengajaran dan telitilah dengan fikiran terbuka.
nota- sebentar lagi cermin akan bertolak menunaikan ibadah umrah. Alhamdulillah tercapai juga impian ini. Doa-doakanlah agar dipermudahkan segala urusan di sana nanti.

8 comments:

fatimah_mastura said...

BismiLlah wal HamduliLlah
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah...

رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا
وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا

Masya`ALLAH TabarakALLAH...

Ya Akhina al-Kareem,
Insya`ALLAH, kami akan turut mendoakan keselamatan mu. Semoga kembali dengan umrah yang mabrur dan membawa rahmat dan kebahagiaan ke atas keluarga mu. ALLAHumma amiin.

Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

Mardihah said...

Salam menjengah..semoga setiap kelapangan dan waktu sentiasa dihiasi dengan senyuman ...

amin rabbal alamin

Butaseni@Wan Raja said...

sungguh menginsafkan hehehee
salam.

tintaHati said...

Suka baca artikel-artikel tentang pengislaman orang. Orang islam sendiri jarang menghayati erti islam. mungkin sebab dari awal dah dilahirkan dalam islam.

ohh selamat menunaikan umrah. Moga kembali dengan selamatnya...

Mak Su said...

ada emel has been circulated kata susah nak daftar masuk Islam locally... huhuhu, byk procedures, huhuhu

~ The Author ~ said...

Assalamualaikum

CikguZue said...

Salam,
Fi amanillah insya-Allah, semoga mendapat keredhaan Ilahi dlm setiap amalan yg dilakukan.

Bunga Rampai said...

Alhamdulillah, semoga dalam lindungan Allah SWT.