HATI TINGGAL DI LUAR
Di sebuah rumah ( selepas solat magrib ).
Makcik : Tambahlah lagi nasi tu. Memang makcik masak untuk korang makan. Kan letih angkat barang tadi.
Si A : Eh…dah kenyanglah makcik. Takde ruang nak sumbat dah…
Si B : Makcik, dia tak boleh makan banyak-banyak. Nanti kecil hati isteri dia kat rumah.
Kakak : Apa kena mengena pulak?.....Kan dia kat sini, isteri dia pula kat rumah sana.
Si B : Camni kak, dia kena simpan gak ruang kosong untuk makan malam dengan isteri dia nanti. Takut balik sekejap lagi dia kata dah kenyang, tak ke isteri dia kecil hati. Letih-letih masak, abang dia pulak tak nak makan bersama. Tak gitu?....
Makcik : Kesian kat ‘A’ kena kutuk. Terasa hati dia.
Si A : Biasalah tu makcik (sambil buat muka “seposen”).
Si C (menyampuk) : Alah…..makcik. Setakat kata mengata ni dah biasa dah makcik. Nak masuk rumah tadi pun, masing-masing dah pakat tinggalkan hati kat luar. Jadi, takdelah orang yang terasa hati malam ni.
Si B : Yea tak yea makcik, dah masing-masing takde hati. Nak terasa macam mana pulak.
Makcik : La……orang macam korang pun ada gak. (dengan nada hairan).
Nota kaki: seorang mukmin itu adalah mereka yang sentiasa menjaga saudaranya daripada kejahatan lidahnya.

6 comments:
Kalau makcik tu kasi makan hati lembu ke ayam ke..macam mana pulak eh? kira tambah hati baru la ya hehe
salam kehidupan,
waktu tu hati dah tak dijual.habis stok.jd, camne makcik tu nak bagi yea?....
Salam kenal,
Hati-hati menggunakan lidah kerana tidak bertulang. Dalam lembut pun ia tajam menusuk bagai sembilu.
Terima kasih atas kunjungan ke teratak saya, amat menghargainya. Moga terus saling mengunjungi :)
kalau nama manusia, tetap tersentuh hati kalau dicuit.. cuma, peranan kitalah mengawal supaya apa yang dirasai hati tidak memudaratkan keadaan :)
salam..
menjaga hati insan lain juga adalah merupakan tuntutan..maka berhati2 lah dalam menuturkan setiap kata, agar tiada yang terluka..
salam kehidupan,
sakit tikaman lidah berkali ganda daripada sakit tikaman pedang.
satu lumrah yang dimaklumi....
Post a Comment