Friday, July 6, 2007

GARA-GARA PIALA ASIA

Gara-gara kejohanan Piala Asia yang bakal menjelma sedikit hari lagi, kini terdampar seketika di Qatar sebelum meneruskan perjalanan kerja ke Malaysia. Boring.....memang tak terkata, hampir 48 jam sudah terperap kat hotel ni, tak keluar ke mana. Menunggu confirm tiket dari sini ke Malaysia. Satu penyeksaan.
Rakan-rakan lain semuanya sudah memulakan kerja, taklah terbuang sangat waktu walaupun letih tu ada. Sekurang-kurangnya rasa puas dengan kerja tersebut. Keluar pagi balik tengahari, keluar petang balik malam. Cermin tetap di hotel dari pagi hingga ke malam.
Tempat ni pula jauh dari bandar ataupun pasaraya. Kalau tidak, bolehla merayau-rayau di sana. Ah..........nak buat apa pula lepas ni. Takkan nak sambung tidur lagi. Mata ni rasanya sudah tidak mampu ditutup.
Cuaca di sini pula panas berbanding negara Syria. Ditambah pula dengan debu yang beterbangan. Memberatkan lagi hati untuk keluar meronda-ronda. Memang kemudahan disediakan. Tapi..............ibarat bagaimana yang mampu menggambarkan keadaan ini.
Doa2kan ajelah yea hati ini tenang dalam bekerja.

p/s:
buat cik iman dan sdr. gugar, pasal tag tu nanti jawab. Bila ke Syria nanti. Sabar..........

6 comments:

tintaHati said...

Nak balik Msia ka? bercuti atau balik terus? Moga selamat semuanya ya..

banggugar said...

salam,

wah!..

jgn lupa org syria no..

ops!.. hang ni kaki merayau jgk noo..

hehhe
(",)

Anonymous said...

Salam,

Nak balik M'sia?
Moga dipermudahkan
segala urusan :)

Bunga Rampai said...

Salam kehidupan,

Doa saya mengiringi, moga damai dan tenang di mana jua berada.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

tinta,
balik untuk bekerja, tiada istilah cuti dalam diari hidup.

bang,
hang nak pesan ape?...
rojak,cendol,laicikang ape2 ajelah.

indah & bungarampai,,
terima kasih buat anda berdua.

tintaHati said...

wahh tiada istilah cuti. komited dan serius bunyinya! Apa pun selamat maju jaya!