CELOTEH RAMADHAN
Salam Keampunan ……………..Salam Kerahmatan …………………
Salam Ramadhan ……………… Salam Kehidupan ……………………
Buat semua rakan maya
Ramadhan telah menjengah, menghampar selaut kelebihan buat orang pilihan. Alhamdulillah……….kitalah orang pilihan itu. Terpilih buat kesekelian kalinya. Terpilih hanya kerana nyawa dikandung badan, kerana iman masih bergantungan di hati.
Kerana berkelayakanlah, saban tahun kita bergelar siswazah madrasah ramadhan. Setiap tahun tanpa melepaskan peluang. Sayangnya………. Kita tetap orang yang sama. Ego semakin menebal, dengki menjadi makanan hati, seolah mazmumah mencorak peribadi. Dimana kita sebagai keluaran madrasah ramadhan ?............ Hanya empunya diri mengerti.
Seawal ini, sedikit penelitian perlu demi kemajuan diri. Biar langkah kemas hingga ke akhirnya. Tidak tersasar, jauh sekali berulang silap. Merombak keperibadian diri sejajar didikan ramadhan yang diterima.
“Ramadhan sama natijah berbeza”, seharusnya menjadi visi kita. Kitalah keluaran madrasah ramadhan dan kitalah juga penerus didikan tersebut melangkaui bulan-bulan seterusnya. Biar ia membukti benarnya kita ini orang pilihan bukan omongan kosong semata.
#ramadhan sama natijah berbeza adalah tema program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh persatuan pelajar di sini.
7 comments:
salam ramadhan cermin. Moga beroleh kebaikan dan keberkatan.
salam ramadhan...moga menjalaninya dgn tabah n sabar....
huhu..
penceramah motivasi plak dia :)
salam ramadhan..
Salam segala salam-salam yang indah dalam kehidupan,
Celoteh yang berinti.
Alhamdulillah.
salam kehidupan,
tintahati,
salam kembali buat anda
sofie,
sama-samalah kita
bayu,
bayu......bayu.....
sampai bila tak puas hati ni
bungarampai,
terima kasih
Pelajar Madrasah Ramadhan mampir :) Ish, tidak malu saya mengakui diri pelajar madrasah yg berprestij ini :(
asslamualaikum...
susahnya nk istiqamah nk hayati ramdhan kan?nk bac qur'an, terawih pn miss2
Post a Comment