Wednesday, February 27, 2008

PERKARA PELIK


Jikalaulah ada orang bertanya apakah perkara pelik yang kamu tahu sepanjang minggu ini, tentu saya akan menjawab "ada seorang nenek akan bertanding di PRU 12 sebagai calon bebas". Itu setakat yang saya tahu, yang tak tahu mungkin banyak lagi. Tetapi cukuplah yang ini, itupun sudah memadai untuk menabalkannya sebagai tempat pertama dalam ranking 10 perkara pelik yang saya tahu. Saya ulang sekali lagi yang saya tahu.

Memang banyak perkara berlaku sepanjang minggu ini khususnya berita-berita politik tanahair. Isu presiden PAS yang tidak membalas sapaan orang, Mat Sabu mengoyak memorandum, cakap besar MB Terengganu, lagak budak nakal UMNO, penyelewengan sepanjang tempoh berkempen, rayuan MB Kelantan, kebangkitan rakyat dan banyak lagi yang tak tersenarai.

Namun perkara itu bagi saya adalah perkara biasa dalam politik. Isu-isu sebegini tidak lebih untuk menjatuhkan pihak lawan semata sekaligus berkempen. Tiada salahnya di sisi sistem demokrasi berparlimen tajaan pemerintah Islam Hadhari. Semua itu boleh kita masukkan dalam kategori masing-masing lalu dinilai mana yang sebenarnya bukan menerima bulat-bulat. Ada yang berbentuk realiti, pembohongan, fitnah, hujah, manipulasi berita dan hakikat. Pandai-pandailah kita mengkategorikannya.

Hakikatnya, semua itu tidak mampu menandingi kepelikan perkara pertama tadi. Seorang nenek bertanding sebagai calon bebas…….

Munasabahkah?.......berbaloikah?........

Waktu ikut kursus kewartawanan dulu saya masih ingat antara perkara yang ditekankan bagi penulisan sesuatu berita mestilah isinya sensasi ataupun ianya jarang berlaku. Seorang nenek menyara cucunya, seorang nenek pergi mengundi. Itu cerita biasa dan tiada peliknya. Tapi bila seorang nenek masuk bertanding, itu rasanya cerita baru dan payah berlaku. Jadi mungkin bagi wartawan, perkara ini adalah satu peluang emas untuk melariskan berita mereka.

Masih bertanya sendirian, adakah ini apa yang dinamakan sebahagian daripada kancah politik?... ataupun ia berkait dengan strategi pilihanraya sesebuah parti bagi memecah undi parti lawan?.... ataupun juga sekadar menjual nama meng 'glamour' kan diri?.....

Pelbagai soalan dan andaian. Masih menunggu kalau-kalau ada jawapan dari mereka yang berada di tanahair yang mampu menjelaskan perkara pelik ini.

5 comments:

CikguZue said...

emm...memang pelik...amat pelik...tapi kalau menang, Lagi pelik...boleh menimbulkan persoalan, siapakah yang pelik? Si nenek atau si pengundi?emm...pelik sungguh.

Mardihah said...

nenek tu comellah .....hhihihihihi

tumpang lalu blog cermindiri...comel sungguh, saya suka biru..tenang sahaja..

Unknown said...

erk??? oh saya tak tau apa-apa sejak 'musim-musim kering' melanda tanah air tanah tumpah darah bumi bertuah lagi terchenta ini. oh oh oh... teruknya manusia yang bernama 'aku' ni. Muak disogokkan dengan macam-macam cerita n berita dari hanya sebelah pihak. Tapi akhirnya, mata yang degil ni nak terrrrrbaca juga. oh, degil sungguh mata ni. oh oh oh.

Mak Su said...

pelik.. memang pelik.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

zuekay,
memang pelik.....xtaulah. hanya yang melihat saje tahu sape yg pelik.

mardihah,
biru....orang kata umno.tapi, hanya hati yang tahu ada apa di sebalik biru.

ainin,
bukan mata itu degil, tapi mata itu sedikit pelik.ntahlah....