Sunday, March 16, 2008

RIANG HATI GEMBIRA JIWA



Minggu ini minggu kedua semester kedua pengajian bermula. Langkahan kaki ke bilik kuliah pagi ini ditemani hati yang riang. Gembira dan terasa puas. Apa yang dihajati telah pun terlaksana. Moga itu menjadi pemacu dalam membentuk keizzahan diri lalu memikul tanggungjawab yang bakal digalas bila pulang ke Malaysia kelak.
Apa yang dihajati?.....
Ingin hati melihat kebangkitan rakyat dalam PRU lalu. Ingin juga diri menyaksi kematangan orang Malaysia dalam membina dan membentuk hala tuju Negara. Hati juga terasa untuk terus memerhati kesudahan pergolakan pihak pembangkang membina kerjasama dalam membentuk kerajaan campuran khususnya apa yang berlaku di Darul Ridzuan.
Alhamdulillah….. semuanya berakhir dengan natijah di luar dugaan. Kini, kita ketepikan dahulu isu pembatalan dakwat, isu pengundi hantu, salah faham yang berlaku, ketidakpuashatian terhadap keputusan sultan, provokasi pihak lawan dan selainnya. Yang penting kita perkukuhkan jalinan yang berjaya dibina ini. Bila antibody kita kuat, sebarang penyakit dengan mudahnya mampu kita lawan.
Menyatukan tiga orang ( PAS, PKR, DAP ) yang berlainan prinsip tidaklah semudah memisahkannya. Itu kita perlu sedari. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana pihak keempat, kita bertiga menyerah kalah.
Dunia sedang menyaksi adakah kata dan janji yang ditabur akan dikota. Rakyat Malaysia juga sedang menanti adakah undi dan sokongan yang disalur dibalas dengan selayaknya. Moga impian mereka tidak disia-siakan.
Habis……..

pintu masuk ke pasar hamidiyyah


Suatu petang sedang masing-masing melayan perasaan, banggugar datang bertanya,

Bang : engkau nak tukar blog engkau menjadi blog politik ke?.....
Cermin : eh!!!.... takdelah. Masih blog peribadi. Tiada kaitan dengan sesiapa.
Bang : bulan ni tulisan engkau semacam aje. Bau-bau bacang.
Cermin : baru nak belajar menulis. Itupun hanya memindah khabar dan berkongsi berita. Nak mengundi, tak kesampaian. Nak berkempen, kat sini.... engkau tahu ajelah.
Bang : oo…..ingatkan dah tukar pendirian. Heh…heh….heh….

7 comments:

Bunga Rampai said...

Salam kehidupan :-)

Selamat belajar, mudah-mudahan sukses selalu.

Oh, minat politik jugak ya ;-)

Teruskan belajar walaupun belajar menulis. Hidup adalah tentang mencari ilmu hingga ke nafas terakhir.

Mak Su said...

pendirian blog tetap jitu ek... personal. eh heh heh

Butaseni@Wan Raja said...

salam dik,pandai bermetafora ek :D

CerminDiri said...

salam kehidupan,

bungarampai,
terima ksih atas nasihat itu.InsyaAllah akan didedikasikan.

maksu,
tapi......biru blog maksu lebih menyerlah.

butaseni,
hanya mencuba...

CikguZue said...

Salam...
lama tak menulis...sibuk yea..
apepun, selamat meneruskan perjuangan...dan pulang dgn kejayaan...

Mardihah said...

salam,

bukankah politik juga dalam islam? tidak mengapa rasanya ulas2 citer politik dalam blog...pendirian sesebuah blog bukan sahaja kepada peribadi ttp boleh juga ulas isu-isu menarik, terutamanya sekarang, ISU PR. Blog merupakan satu wadah penting untuk iltizam sekarang ini. Kita ada media yang berat sebelah..jadi teruskan ngeblog ya...hihii

psst: banggugar macam jeles je...hehhe

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cikguzue,
buat2 sibuk, sedangkan diri hanya goyang kaki.

qudwah,
dia....memang selalu jeles. antara perasaan cemburu dan dia memang takleh dipisahkan.