Wednesday, July 29, 2009
SESUNGGUHNYA.....
Sebenarnya hati ini cinta kepadaMU
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMU
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya
Walau ku kutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya
Walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitmu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMU
Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kauthar
Jika tidak mengharap rahmatMU
Jika tidak menagih simpati
Pada MU ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduMU kepadaku
Moga ku tahu syukurku adalah milikmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ya Allah kurniakanlah kasih-Mu kepada Cermin Diri dan kepada orang-orang yang memerlukan kasih Mu.Ameen.
Salam,
Jangan berputus asa, teruskan doamu.
Segalanya bertempat dan berwaktu. DIA lebih mengetahui.
Post a Comment