Tuesday, March 4, 2008

JEMARIKU


Semalam jemari ini membilang-bilang hari. Yea, tinggal lagi 4 hari. Hari ini jemari ini membilang lagi hari yang berbaki. 3 hari sahaja lagi.

Sejak 2 minggu lepas itulah kerja jari jemari ini, mengira hari-hari yang tinggal untuk diadakan pilihanraya. Terasa gatal tangan ini untuk menanda pangkah. Melunas tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dalam PRU kali ini. Tapi apakan daya, berpuluh sungai, bukit bukau dan jarak memisahkan diri dari tanahair. Itu cerita jemari tangan.

Hati pula kekadang dihinggapi rasa cemburu. Cemburu melihat mereka yang lain berpeluang menyertai PRU 12. Bertambah lagi cemburu bila mendengar rakan-rakan yang sebaya di tanahair sudah pun disahkan sebagai pengundi dan diberi hak untuk memilih mana-mana parti politik yang berkenan di hati.

Di sini, hanya mampu mendengar dan melihat. Sesekali mendoakan agar kejayaan itu menjadi milik mereka yang selayaknya. Itulah bezanya. Semoga itu juga dikira sebagai satu sumbangan.

Bagi mereka yang akan menunaikan hak sebagai seorang rakyat Malaysia sabtu ini, tiada tip dapat diberi. Malaysia memiliki rukunegara cuma belum dilaksanakan secara sempurna. Diri cukup berharap pilihan anda kali ini dapat mewujudkan sebuah kerajaan yang bukan sahaja menghormati Rukunegara (perkara asas), malah merealitikannya di semua peringkat di Malaysia. Bukan hanya tinggal sebagai tulisan di atas kertas.

Bagi yang terlupa, cermin ada sertakannya di bawah buat renungan dan panduan.

RUKUNEGARA

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan


p/s : Terpaksa tunggu empat tahun lagilah nampaknya, itupun kalau direzekikan hidup hingga ke hari itu. Perjuangan tetap perjuangan walau di mana berada ( ayat pemujuk hati ).

8 comments:

ZueKay said...

Salam, ingin bertanya..kat sana ada berapa ramai student M'sia? tak boleh undi by pos ke?...tapi yala..undi pun blum tentu sampai sebagaimana yang dipangkah...mmm

Mak Su said...

undi sms

Mak Su said...

cermin - nak tanya skit ler, awatnyer taruh komen pasal belanja hari tu ek... ehhhmmm, looking at something weird ker?

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

takper cermin..teruskan kirimkan doa kalau tak dapat kirim undi!

CerminDiri said...

salam kehidupan,

zuekay,
dengar dulu katanya ada, tapi senyap aje. tak taulah. betul....kalau ada pun,tentu ramai pelajar yg tak akan mengundi.

maksu,
xpahamlah....yang mana ntah.

cahaya mata,
yea....itu yang selayaknya.

butaseni said...

kirim jangan tak kirim nanti undi anda jadi hantu :D

tintaHati said...

Tak dapat infak tenaga, doa dan wang ringgit pon boleh juga. Tapi alhamdulillah yang dok bilang2 kat jari tu dah pon berlalu...

Skrg masa untuk perubahan!

Ainin Naufal said...

hmm... dalam kemenangan ada kegusaran. Doakan negara kita aman damai sentiasa.