Thursday, June 12, 2008

BILA BOLA.....

"Kami kat sini (Malaysia) bola, bola gak. Solat malam tetap tak lupa. Ambil kesempatan boleh berjaga malam, kalau takde bola payah gak nak berjaga" jawab seorang kawan ketika saya bertanya adakah mereka berjaga malam untuk ikuti siaran langsung Kejuaraan Piala Eropah.
"Baguslah kalau camtu" saya membalas sambil memuji.

Bila bola adalah segalanya, manusia sanggup bersengkang mata di malam hari. 2 jam, 4 jam, 5 jam tak kisah. Mengantuk ditolak tepi. Yang penting boleh tengok hingga ke saat wisel penamat ditiupkan, tahu keputusan, tahu mana menang mana yang kalah. Lain halnya untuk berjaga malam semata-mata bersolat tahajjud, selimut yang membalut tubuh terasa mencengkam. Kesejukan malam tidak sanggup diredahi. Sedang itulah waktu yang terbaik mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Bola sepak itu tidak boleh disalahkan kerana ia hanya sejenis sukan. Penganjur perlawanan lebih-lebih lagi kerana mereka tidak tahu rutin hidup seorang muslim. Mungkin juga mereka menyangka ini bukan penghalang besar jika seorang muslim itu benar-benar ingin melengkapkan kehidupan mereka dengan lunas ajaran islam yang diagungkan.

Sejak 7 haribulan lalu hingga ke hari ini, sudah enam hari berlangsung Kejuaraan Piala Eropah. Peminat sukan ini sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya secara langsung, apatah lagi bagi mereka yang mempunyai pasukan favourite dalam edisi kejuaraan kali ini. Tidak ketinggalan yang mengikutinya adalah dari kalangan warga Malaysia sama ada di sini (Syria), di tanah air ataupun di tempat-tempat lain.

Tidak salah jika sekadar menyokong. Tetapi janganlah sampai mengabaikan amalan Islam yang kita perjuangkan. Alang-alang sudah berjaga malam, apa salahnya gunakan sedikit waktu untuk mengabdikan diri kepada Sang Pencipta. Bukankah waktu itu adalah waktu terbaik untuk sebuah pengabdian dari seorang hamba?...

Jadi, pujian tadi bukan tertentu untuk dia sahaja, tetapi diumumkan untuk semua yang melakukan hal yang serupa. Sambil menyelam meneguk air. Tidakkah lebih bermanfaat?...

7 comments:

Mak Su said...

;p

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

betul..betul..betul...
bola2 gak..tapi berpada2lah..kalau sampai meninggalkan suruhanNYA, jd berdosa plak huhu... same2 mengingatkan antara shbt2..

bunga rampai said...

Salam,

Saya sokong apa yang anda tulis.

Saya juga sokong pasukan Portugal ;)

Ainin Naufal said...

tidur bola, makan bola, hidup bola. ieewww, tak kuasa akak.

malam tadi baru diskas dgn BF pasal iklan pasal rosakan emosi. ada nada2 kufur yang disebut dalamnya. seolah2 tak sapa boleh tolong kecuali penaja tu.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

maksu,
isyarat ada maknanya tersendiri, kenapa yek?..

cahayamata,
bersikap adil dalam semua perkara. itu sebaiknya.

bungarampai,
maknanya kita akan akan bertembung nanti kerana pasukan saya adalah.....

aininnaufal,
sebenarnya bila sukan itu dikaitkan dengan ajaran Islam tentu lebih bermakna.

butaseni said...

eh bola euro kan tengah malam dik oi,lainlah liga malaysia,time isyak diorang sepak terajang hehehe

Mutmainnah said...

Salam, sesungguhnya dengan bola manusia boleh bangun malam melihat aksi di padang,,tetapi untuk menemui Allah di tikar sejadah cukup sukar,,moga semuanya menyedari kekhilafan diri