Monday, August 13, 2007


CERITA DAHULU KALA

Dulu, sewaktu darjah tiga cikgu suruh setiap murid beri satu perkataan untuk buat sebaris ayat.
Contoh:

Saya……

Saya akan…….

Saya akan pergi………

Saya akan pergi ke sekolah……….

(begitulah seterusnya)

Naik darjah enam pula, cikgu suruh setiap orang buat satu karangan tidak melebihi 100 patah perkataan. Yang penting mengikut tajuk yang diberi.
Contoh tajuk:
Kampungku damai, rumahku syurgaku, aku seorang pelajar.

Hasilnya kini selepas beberapa peringkat pengajian yang dilaluinya, murid tersebut sudah pun boleh mengarang apa jua tajuk yang dia ingini dan dalam bentuk berbagai. Komentar, cadangan, ulasan, kertas kerja dan apa sahaja……..

Bersama pengalaman lepas, seharusnya pulalah menjadi tugas dia kini untuk menjadikan anak murid, anak sendiri, anak saudara, anak angkat dan segala macam anak yang berada di sekelilingnya melangkah berdikit-dikit menuju ke tempat yang dia berada kini sekurang-kurangnya. Mahir dalam bidang yang ingin diceburi, bukan hanya sekadar impian malah dibuktikan dengan kenyataan.

Itu baru salah satu bidang yang didatangkan, bagaimana pula dengan bidang-bidang yang lain?....... Bolehlah pakat-pakat kita kiaskannya. Pasti ada persamaan pada natijahnya.

Jadi, pastinya ada benarlah kata-kata Uncle Ben Parker kepada Peter yang berbunyi:
“The Great Power Come With Great Responsibility”

5 comments:

tintaHati said...

Salam

Anak2 kecil ni sebenarnya mudah dan cepat belajar.

Kalau didikan awal yang diterima baik, insyaAllah baiklah jadinya. Tapi, kalau sedari awal diajar dengan nilai burok, maka buruklah jadinya...

Sebab itu org tua2 kata, melentur buluh, biarlah dari rebungnya...

SoalHati said...

masa sy kecik sy mudah blajar melukis;) daripada belajar pendidikan agama islam..mcm sirah nabi...ish3..teruk betul...;)

Puteri Ezza said...

Salam Cermin Diri,

Terus terang saya katakan, guru-guru pada zaman sekarang jauh sangat berbeza dengan guru zaman dahulu.

Guru zaman sekarang = Moden dan serba canggih
Guru zaman dahulu = Sederhana sahaja

Guru zaman sekarang = Tidak ramai yang berjaya mendidik dengan cemerlang
Guru zaman dahulu = Guna apa sahaja yang ada dan memanfaatkan segala kekurangan, lalu lahirlah ramai insan cemerlang.

faridmw said...

salam...

satu pngalaman yang menarik.. selamat maju jaya...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

tintahati,
memang begitulah lumrahnya. mungkin itu satu panduan buat kita nanti.

cahayamata,
oklah tu, yang pertama saya belajar adalah mengenal rasa sakit. umur waktu tu mungkin sekitar 3 bulan.

puteriezza,
zaman sebenarnya tidak banyak berbeza.cuma manusia itu kekadang cukup leka.

faridmw,
terima kasih.