Monday, August 27, 2007

RASA HATI
Sejak dua minggu kebelakangan ini, terasa cukup malas untuk menulis di pondok biru ini. Tangan semacam kaku dan kekok untuk menari di atas papan keyboard yang sememangnya telah tersedia menanti . Rasa canggung itu juga membawa kesan kepada jiwa yang sememangnya meminati dunia penulisan. Sebelum ini, perasaan sebegini tidak pernah langsung menjelma. Kalaupun ada, mungkin hanya sehari dua. Tetapi sekarang hampir 2 minggu ia berterusan.
Puas juga mencari di mana sebabnya. Kalaulah kata tiada topic untuk ditulis, mustahil. Banyak perkara yang berlaku disekeliling dan banyak juga tajuk dan peristiwa yang boleh diterjemahkan dalam bentuk tulisan untuk dikongsi. Bebanan tanggungjawab, tak juga. Boleh kata sekarang jadual harian telah pun tersusun. Hanya perlu berjalan dan berlari atas susunan tersebut sahaja.
Buntu kepala mencari jawapan. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja menjerit melepaskan buku di hati. Agar perasaan berbelit di jiwa ini akan turut tercampak keluar lalu terlerai. Biar perjalanan diri kembali melangkah di atas roda kehidupan yang diimpi. Mengatur semaian benih dengan penuh saksama.
Hingga ke hari ini, rasa itu masih tetap ada. Terfikir juga bilakah ia akan berakhir.

8 comments:

SoalHati said...

moody ni namanya..:) sy pun pernah gak rasa gitu..kita ade benda nak citer..tp ntah nape, punyelah malas nak type..padahal bukan ade masalah papepun..jgn riso, nanti anda akan kembali stabil:) hehe
kadang tu kita rasa ade sumthin yg nak kene fikir, yg bermain difikiran....padahal x depun...pelik2...tulah rasa hati...

Iman Mawaddah said...

Kitakan manusia. Normal la tu :D

tintaHati said...

Cermin, orang kata langkah pertama itu akan mendorong kepada langkah yang seterusnya.

Langkah pertama itu selalunya berat. Kalau anda berjaya harungi langkah pertama insyaAllah, langkah yang seterusnya akan menjadi ringan...

Entahlah..orang yang kata. Tapi, saya rasa ada benarnya..

Anonymous said...

Lumrah manusia memang begitu. Tidak dapat lari dari menanggung bebaban perasaan yang kadang tidak menentu.

Moga sentiasa cekal dan tenang hendaknya.

Salam merdeka :)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cahayamata,
pernah rasa gakkan?.....mungkin sekarang giliran cermin pula merasainya. nasib badan......

iman,
manusia itu adalah manusia
(pepatah arab)

tintahati,
orang kata.....bila pula cik tinta nak kata.

indaksakura,
salam merdeka kembali.

Achik_Sufi said...

biasanya orang yang memang tak mahu melakukan pasti memberi seribu satu alasan...

-tercuri ayat tintahati-

Entahlah..orang yang kata. Tapi, saya rasa ada benarnya..

Bunga Rampai said...

Salam kehidupan :)

Lumrah kehidupan...

Teruskan menulis di sini. Bagi saya menulis dalam blog satu cara menilai diri sendiri - mencari kelemahan mata hati, membantu bina diri.

Blog kawan-kawan pula bagaikan 'guru' untuk saya.

shuhada said...

i've been tru dis, dun worry, u'll get over it..find ur own space n ur own sweet time, then u'll see the beautiful of writing. keep on blogging!