Saturday, September 1, 2007

ANTI MONYET…

Bahasanya mudah
Terus meniti di bibir manusia
Budak sekolah pun mampu faham
Apatah lagi yang terpelajar
Yea……
Aku mengangguk
Pak angguk turut mengangguk

Tapi……
Monyetkah aku?.
Hanya kerana pondok buruk ini?.
Aku terasa,
Semua rakan maya terasa,
Patutkah sebegini…..
Aku mula menggeleng
Namun pak angguk terus mengangguk

Yang baik dikata penjenayah
Si pengkhianat terus dijulang
Mana buktinya?.....
Tulisan ini menjadi saksi
Hanya kerana membenarkan yang benar
Hanya kerana menidakkan yang salah
Hanya kerana mahukan keadilan
Kali ini aku mengangguk
Pak angguk pula menggeleng

Bilakah ia akan berakhir……
Berdekad, berabad atau berkurun?.
Mungkin kiamat sahaja penentunya
Aku mengangguk
Pak angguk juga turut mengangguk


#Luahan hati tatkala membaca petikan persamaan antara blogger dengan monyet dari salah satu akhbar tempatan.

5 comments:

Bunga Rampai said...

Salam kehidupan :)

(Maaf, saya gunapakai 'salam kehidupan' itu setiap kali berkunjung sini, harap diizinkan - salam itu cukup menggetar rasa, membawa diri tunduk padaNya. Wallahu'alam.)

Orang yang berkata begitulah yang sebenarnya monyet!

tintaHati said...

TApi dengan 'monyet' itulah mereka semua kecut perut...huhu...tapi manusia yang mampu berfikir tak bodoh. Mereka tahu siapa yang betul siapa yang tidak...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

bungarampai,
semoga ianya juga akan menggetar jiwa mereka yang memahaminya.
memang sebenarnya begitu.

tintahati,
jangan jadi tin kosong sudah...

Unknown said...

Sekiranya beruk memandang cermin dia pasti akan nampak wajah beruknya. Jadi usah gusar pada beruk2 itu :D

SoalHati said...

kiranya glamer jugaklah...sampaikan hal beruk pun depa nak besar2kan...kihkihkih