Tuesday, November 27, 2007


PERASAAN ANDA

Apa perasaan anda jika pada suatu hari tiba-tiba salah seorang jiran anda datang ke rumah dan memberitahu adiknya telah dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas kerana terbau asap masakan yang merembas keluar dari tingkap-tingkap dapur rumah kita lalu menyalahkan kita atas perkara tersebut ?...... Pelik, marah, kasihan atau anda terus terpinga-pinga dengan beranggapan itu hanya rekaan kotor dia semata-mata. Bercampur aduk semua perasaan yang timbul.

Hei......ini bukanlah cerita yang direka mahupun cerita lawak jenaka yang akan digelakkan oleh semua pembaca. Ini adalah cerita pelik tapi benar terjadi dan diri sendiri melaluinya. Memang bila diingat-ingat kembali macam tak logiklah pula seolah-olah jiran itu sengaja cari pasal dengan membangkitkan masalah lalu menyalahkan kita, tapi bila diteliti sedalamnya dengan mengambil kira semua faktor mungkin kata-kata dia ada benarnya. Kenapa ?.......

Memang kalau setakat masak nasi sahaja tiada bau yang akan keluar, kalau ada pun tidaklah sampai menyengat hidung. Cuba bayangkan kalau kita tumis sambal belacan, fuh...... aromanya cukup-cukup sempoi. Hidung kita orang melayu yang jadi pengamal makan belacan pun tak tahan. Terbersin-bersin. Itu hidung melayu. Bagaimana pula dengan hidung jiran-jiran di sini hidung orang arab ?...... Bau belacan itu sendiri pun mereka tidak boleh tahan apatah lagi aromanya waktu ditumis dan jauh sekali untuk memakannya.

Kekadang nak tergelak pun ada tapi jauh di lubuk hati sana timbul juga rasa simpati. Bukanlah kita nak pekenakan mereka dengan memasak belacan, yealah.....kekadang rindu juga masakan melayu.

9 comments:

tintaHati said...

Wahhh....kamu masak apa ni cermin sampai menusuk lubang idung...
nasi grg belacan ka? ;D

Anonymous said...

ooh..tuan rumah suka belacan rupanya :D

Salam :)

Mak Su said...

alamak... payahnyer nak masak ek

CerminDiri said...

salam kehidupan,

tinta,
hebat tak hebatlah..well well well you know me ;D

indah,
memang bestlah kalau tuan rumah kami suka belacan. xlah jadi masalah.

maksu,
masak senang aje. cuma......

SoFie NuR said...

arab mmg pantang kalo bau2 camni tapi kalo diorg x mandi,xde la pulak yg complain...ehmmm

Ismi : Arjuna said...

salam..
Aduuuhhh..ingat plak kt kenangan lama.. mmg arab nie.. ikan kering yg kita goreng, ada ke patut mrk kata kita makan bangkai...
tak patut...3x..kuikui..

Achik_Sufi said...

tuela...rumah x best,jiran x best...

tengok cam rumah achik...best gileerrr...

simpati...simpati...

Bunga Rampai said...

Salam kehidupan :)

Sambal belacan dan kita mana boleh dipisahkan :) Barangkali lain kali kena cari dapur yang berdinding kebal bau :D

CerminDiri said...

salam kehidupan,

sofie nur,
macam tau tau aje. bukan semua arab xmandi.

arjuna,
kenangan lama...memang bestlah. kat malaysia takde fenomena camtu.

achik,
best ape...sampai jiran nak pangil polis datang. boleh tahanlah...

bunga rampai,
sedang mencari siapa rakan-rakan kita yang ambil bidang arkitek.