Thursday, January 24, 2008

BERSANGKA BAIKLAH

Suatu hari sedang kita berjalan di tengah kota, tiba-tiba kita disapa oleh seorang pemuda yang segak penampilannya berseluar slack, berbaju kemeja lengan panjang yang dimasukkan ke dalam serta berkasut hitam.

"Adik, pukul berapa yea sekarang?"dia bertanya dan tersenyum.
"Baru pukul tiga petang bang" dengan senang hatinya kita menjawab.Gembira kerana menolong orang.

Namun sebelum dia beredar kita sempat melihat apa yang terselit di celah tali pinggangnya, sebuah telefon bimbit (Nokia N73) dan sebuah jam tangan berjenama Rolex tersembunyi di sebalik lengan bajunya.

Kita tertanya-tanya, hati berbolak-balik antara hendak bersangka baik atau berburuk sangka. Lalu kita tersenyum sendirian mengenangkan itulah ragam manusia. Teringat pesan guru "bersangka baiklah selagi ada ruang untuk berbaik sangka, jika tiada maka minimakanlah sangkaan buruk kita terhadapnya".

Firman Allah swt bermaksud :
Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. –hujurat:12

Saidina Omar al-Khattab pernah berkata:
Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik.


catitan:
2 hari lepas salji turun di Bandar Dimasyq. Hampir 5 jam tanpa henti. Walaupun tidaklah selebat apa yang turun di kutub utara sana, Cermin tetap menahan kesejukan. Bertemankan alat pemanas, cuba-cuba nak rangka cerita macam tintahati buat waktu hujan turun, tak berjaya kerana otak turut beku.

8 comments:

SoalHati said...

mungkin dia nak pastikan waktu tu sama tak dengan waktu jam n handset dia...:)

hakim dirani said...

Saya suka cara anda,cermin kerana bersangka baik sesama manusia.

Saya juga kagum dengan Cermin kerana sempat lihat jenama Rolex yang dicelah lengan baju tu.

Cermin, jika saya di tempat anda itu, saya mungkin tidak bersangka baik dengan dia dan saya tidak bersangka buruk juga. saya ambil jalan tenga, buat tak tau ja. he he

tintaHati said...

Wow salji....Kalau saya di sana pasti bisa mengarang sesuatu yg indah....hehe....paling tidak bait2puisi.

Utk bersangka baik ini susah. Ada aja yang negatif akan kita fikirkan...lebih-lebih kali kalo yang jelas kelihatan itu negatif... kamu ada tips nggak?

Achik_Sufi said...

bersangka baik memang baik...bersangka buruk memang buruk...

Mak Su said...

jam rosak, bateri kaput, timing ikut zone lain....err... ntahler

faridmw said...

salam...
bagus tul.. bersangka baik lah dgn orang kerana itu adalah satu perkara terpuji...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cahaya mata,
betul gak, nape tak pikir yea?...

hakim dirani,
dah habis bersangka baik dgn ayat anda, ada udang sebalik mi ke?..

tintahati,
tips...boleh difikirkan.

achik,
keduanya itu satu kelaziman.

mak su,
andaian perlu kepada penjelasan. tak gitu?...

farid,
cuma sangkaan baik camne yea?...

Bunga Rampai said...

Salam,

"Oh, dia banyak duit!" Itu yang saya fikirkan. Prasangka apa tu ya? Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari berprasangka.

:-)