Sunday, February 24, 2008

SESI JAWAB TAG

Alah……kena tag la pulak. Dahlah tak reti nak jawab, camne yea. Pikir punya pikir, jawab ajelah mana yang patut. Nanti merajuk pulak hakim dirani yang mentag saya. Apa-apa pun, inilah coretannya…..


Azam tahun 2008/ 1429.

Kalau 3 tahun lepas mungkin soalan ini sesuai untuk saya kerana pada waktu itu saya beranggapan keazaman itu perlu diperbaharui setiap tahun, tetapi hari ini ia telah berbeda. Bukan setiap tahun malah setiap hari, setiap pagi di kala terjaga dari tidur. Sebagai kesyukuran dan tidak mensia-siakan nikmat nyawa yang dinikmati. Jadi azam saya akan berubah setiap hari cuma motto hidup tetap sama "hidup ibarat lapangan merealiti impian, biarkan ianya nyata, syurga Allah nyalaan impian buatku".

Kenangan pahit yang tak boleh di lupa sepanjang tahun 2007.

"Don't worry be happy". Ini kata-kata yang selalu saya pegang. Mungkin kenangan pahit itu ada, cuma saya tidak berapa ambil kisah. Biarkan pahit itu datang, kita olah menjadi manis lalu dengan sendirinya akan terbentuklah kebahagian.

Pengajaran dari tahun 2007.

Terlalu banyak dan boleh dikatakan secara puratanya ada pengajaran pada setiap hari. Yang utama, perlu meraikan jiwa manusia apabila kita bermuamalah sesama manusia.
"redha manusia itu adalah puncak yang tidak mungkin kita capai".

Pencapaian paling bermakna pada 2007

Dari sudut pengajian, alhmadulillah walaupun sibuk berorganisasi namun pelajaran tidak terabai. Masih mampu menapak melangkah ke peringkat seterusnya pada sesi ini.
Dari sudut pengalaman, diberi peluang mengiringi wartawan stesen tv arab Qatar ke Malaysia untuk buat liputan Kejohanan Bola Sepak Piala Asia bulan 7 lalu selama sebulan.

Kalau ada gambar menarik sila paparkan kat di sini.
Keseronokan bermain salji tidak melupakan mereka
tanggungjawab seorang hamba
jadi seperti biasa, saya akan memperpanjangkan tag ni kepada............. (kita tengok saper yang kena) :
1. tintahati
2. soalhati
3. izzahulfah
4. butaseni
5. maksu
6. indahsakura

5 comments:

ZueKay said...

salam. siapa sangka bumi Siria bersalji tebal...sedangkan di sini..setelah menanti...masih tiada bersalji walau sejuk menggigit setiap hari...itulah tanda kuasa Allah..patut syukuri...

tintaHati said...

sib baik nama aku tak der kan? ;P
Aku dah tgk 2,3 kali tapi memang tak ada....hehe

Mak Su said...

aik? kena plaks... sebenanya dah jawab dah tag ni,....tapi tak per, kalu rajin mak su akan buat semula

CerminDiri said...

salam kehidupan,

zuekay,

rasanya setiap negara tu ada kelebihan masing2. kami sini sejuk danm turun salji tapi tak sampai menggigit jari.

tintahati,
betul ke xde?...... yealah, memang takde kan. macam mana bleh lupa nie....

maksu,
bukan ke maksu suka jawab tag ke?...

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

KENE JAWAB EH.....:)lepas PRU N FINAL EXAM SOALHATI JAWAB YE