Saturday, June 28, 2008

MASIH PASAL BOLA

Malam ini malam penentuan bagi membuktikan pasukan manakah yang paling layak bergelar juara bola sepak benua Eropah. Antara German dan Sepanyol. Sebelum sampai ke peringkat akhir ini, berbagai aksi telah dipertontonkan. Ada orang kata kejuaraan kali ini lebih kepada kejuaraan yang tidak menepati logik akal. Pasukan pilihan kecundang awal, pasukan kuat dilihat tidak menjadi percaturannya. Banyak nama baru muncul dalam edisi kali ini yang diramal bakal menjadi pemain terkemuka dunia berdasarkan corak permainan dan skill mereka. Apa pun, bola itu bulat. Itu kata mereka.
Jumaat lepas, berlangsung Kejuaraan Street Soccer Piala PPMS (Persatuan Pelajar Malaysia Syria) di sini. Jumlah kumpulan berdaftar sama bilangannya dengan "Euro Cup" di peringkat kumpulan. 16 kumpulan. Setakat ini yang terbanyak berbanding sesi-sesi lepas. Yea….. bola sepak itu tidak boleh dipisahkan dari dunia manusia, semacam satu perkara harian. Makan bola tidur bola.
Bercakap tentang bola sepak, di sana sebenarnya ada satu kewajaran bagi setiap muslim. Bukannya dalam sukan bola sepak sahaja, tetapi merangkumi semua aspek kehidupan. Iaitulah dasar "ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai wawasan" dan "hikmah itu harta kehilangan orang mukmin". Kita bukan sekadar minat, melihat dan bermain bola sepak, lebih daripada itu lagi kita perlu merenung ada apa dengan sukan bola sepak itu khususnya. Dengan renungan dan anjakan pemikiran kita tadi, maka hasilnya bukan sekadar terhenti kepada minat, untuk bersukan atau mengeluarkan peluh bagi kesihatan tubuh semata tapi akan mencetuskan idea dan kelangsungan manfaat bagi dunia islam yang kita dokongi. Inilah manhaj yang disuruh dan dianjurkan kepada kita.
Maka dari situ bertambah kuatlah keyakinan kita bahawa setiap penciptaan di atas muka bumi ini bukanlah sia-sia. Ada maslahat tersirat. Itupun kalau manusia itu sendiri memahaminya. Jika tidak, berterusanlah mereka di dalam kelalaian yang dicipta oleh mereka sendiri.

Nota kaki- malam ni german ku bertanding, mesti menang punyalah……




7 comments:

CikguZue said...

tentu minat bola. gambar time lawan bola kat sana ke tu? tahniah macam menang je...

Mak Su said...

hatta the killer virus pun tak sia-sia

Butaseni@Wan Raja said...

hehe demam Euro belum kebah

tintaHati said...

Tak suka makan bola tapi bebola sotong makan. Tidur tak perlu bola tapi bantal. Kesimpulan: saya boleh hidup tanpa bola. ;)

SoalHati said...

minat juga bola. tp kalau nak citer pasal bola kat blog, x reti... hehehehe

Bunga Rampai said...

Salam,

Tempias bola masih terasa ...

Pasukan CerminDiri yang mana satu? Menang tak?

Gunalah mata dan akal untuk menyingkap rahsia di sebalik ciptaan-citaanNya itu.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cikguzue,
menang?....boleh dalam angan-angan ajelah...

maksu,
yes...itu semestinya.

butaseni,
lepas satu, satu lagi kehohanan akan berlangsung.

tintahati,
anda boleh hidup tanpa bola tapi... bukan tanpa makanan. betul tak?...

cahayamata,
xpe, citerlah tentang bab lain.

bungarampai,
bukan akal sahaja tapi...semua pancaindera kita.