Thursday, October 9, 2008

DEBAT KEDUA


"Debat kedua peluang bagi Mc Cain". Begitulah antara tajuk utama yang cermin baca dalam ruangan berita luar Negara kelmarin. Sehingga kini, proses berkempen untuk pemilihan bakal presiden as terus mewarnai negara tersebut. Hari ini, bentuk kempen itu diperluaskan. Bukan sekadar gantung poster, melobi di akhbar-akhbar atau berceramah di hadapan penyokong sendiri. Debat menjadi pilihan.

Selain kemahiran mengurus dan mentadbir, wawasan dan cita-cita, sifat individu, gaya percakapan dan penyampaian hujah juga antara faktor yang membantu dalam pemilihan seseorang itu menjadi pemimpin. Itu adalah perihal dunia manusia hari ini. Siapa yang mampu meyakinkan hati orang ramai, itu yang akan dipilih. Siapa yang bernas hujahnya, tepat kata-katanya, itu yang akan menjadi idola dan role model.

Bukan cermin nak bandingkan sistem demokrasi yang diamalkan oleh mereka dengan negara kita di Malaysia. Cuma kalau ada kesempatan, cuba kengkawan teliti ayat al-quran di bawah ini dan sesuaikan dengan keadaan dan situasi tersebut.

أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن النحل 125

Setiap kita disuruh dengan tiga perkara 1. berhikmah 2. peringatan yang baik 3. berhujjah dengan sebaik-baik cara.

Islam tidak hanya mengkhususkan faktor-faktor itu kepada sesiapa dari kalangan kita yang bakal menjadi pemimpin, tetapi ia menyeliputi semua umat islam. Kerana setiap mereka itu adalah pemimpin bukan bakal pemimpin. Bahkan setiap dari mereka telah dituntut untuk menyeru manusia ke jalan yang benar iaitulah agama islam.

Jikalaulah Barrack Obama boleh memukau pandangan para penyokongnya dan masyarakat amerika dengan gaya pidatonya, lontaran ideanya lalu menarik mereka untuk mengundinya sebagai Presiden Amerika untuk sesi pemilihan akan datang, kenapa para pendakwah islam hari ini tidak meniru bentuk tersebut?. Memukau rakyat dunia untuk menerima islam dan menghayati kebenarannya. Bukankah islam terlebih dahulu mengajar kita kaedah tersebut?.

7 comments:

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Manusia Islam hari ini tidak sabar dan mahu cepat2 mencapai kejayaan sehingga terlupa berhikmah dalam berkata-kata :(

butaseni said...

macam mana pulak dengan islam hadhari?
(lari tajuk tak? hehehe)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

zalisa,
sedangkan dunia ini Allah ciptakan dalam masa yang tertentu. kenapa manusia tidak memikirkannya?...

butaseni,
sama ada yang benar atau batil, jika pandai ambil kesempatan pasti berjaya.cuma kebenaran sudah termaktub.

PENDEKAR said...

Islam itu terlalu indah jika disampaikan keindahan cintaNya

Mak Su said...

saya sendiri pun susah nak tertarik dengan ceramah para pendakwah di Malaysia, how nak tarik minat orang-orang bukan Islam or orang yang baru nak mengenal Islam?

tintaHati said...

Mungkin encik cermin boleh menjadi perintis supaya menjadi cerminan buat umat islam yg lain.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

pendekar,
tetapi banyak manusia yang melupakannya.

maksu,
itu perlu sama2 kita sedari.

tintahati,
doa2kanlah agar impian itu tercapai.