Friday, January 23, 2009

SIJIL KEMATIAN

Selalunya jika kita mengikuti sesuatu program atau kursus, kita akan diberikan sijil penghargaan atau sijil penyertaan selepas kita mengikutinya dengan jaya. Namun berlainan sekali dengan kursus yang diikuti cermin hari minggu lepas, kerana bukan sijil penghargaan atau penyertaan yang dapat tetapi "sijil kematian".

Pelik kan?....
Kenapa pula "sijil kematian" dan ada apa pada nama?...

Bukanlah kerana diri telah menghembuskan nafas terakhirnya ( kalau tidak tak tertulislah entry ini ), tetapi kerana apa yang ada pada sijil tersebut. Lebih kurangnya sijil peringatan kepada umur yang sedang dinikmati. Cuba perhatikan gambar di bawah…


Bahagian depan,


Tertulis dengan nama sendiri berbinkan nama ibu ( macam nama waktu ditalqinkan ).

Kertas empat segi tertulis "jawatanku". Ini adalah senarai penting 12 jawatan kehidupan yang sedang dan akan dipertanggungjawabkan. Daripada seorang khalifah Allah sehinggalah kepada sebagai seorang pengguna jalan raya.

Riben putih itu pula jumlah umur yang masih berbaki ( mengambil sempena umur nabi Muhammad saw 63 tahun)

Kertas kecil itu di bawah dilatari gambar perkuburan bersama tertulis jumlah umur yang berbaki.

Sedikit kain perca berwarna putih mengingatkan kain putih yang bakal menyelubungi diri saat dikebumikan nanti.

Bahagian belakang

Kertas berbentuk hati yang diwarnai hitam dengan arang melambangkan hati kita yang sering dicalit dosa. Semakin lama semakin menggelapkan hati.

Riben putih ini pula adalah jumlah umur yang telah berbaki.
( setelah dipotong dari panjang riben di bahagian depan )

Kesimpulannya, sijil ini cukup simbolik. Sesuai dengan program yang telah dilalui.

Berkata imam al-ghazali

"orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati".

4 comments:

tintaHati said...

Program apa tu cermin? Wah kalo ada yang menghantar kad ini masa hari lahir gua pasti insaf yang teramat- Ala-ala muhasabah diri gitew. Kalau bisa diperjelaskan lagi gambar sijil itu utk tontonan blh?

CerminDiri said...

salam kehidupan,

tintahati,
nanti akan cuba berkongsi program tersebut.

Mak Su said...

ouh? ada sijil kematian?

Bunga Rampai said...

Salam,

Pelik tapi sangat menarik. Pertama kali mengetahui hal sebegini. Harapnya dapat kongsi kandungan kursus itu. Terima kasih.

Kertas empat segi tertulis "jawatanku". Ini adalah senarai penting 12 jawatan kehidupan yang sedang dan akan dipertanggungjawabkan. Daripada seorang khalifah Allah sehinggalah kepada sebagai seorang pengguna jalan raya.

Boleh jelaskan apa 12 jawatan tu? Maaf, menyibuklah pula saya ni :)