Monday, April 12, 2010

ANDAI KITA MARAH.....

"Abang, kenapa ya bila abang bercakap tulang kat tekak abang tu bergerak sekali (biji halkum)?" entah soalan yang ke berapa budak ni tanya untuk petang ini sahaja.

"Betul ke nak tahu ?".... tanya aku. Dia mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Alamak…. Apa jawapan yang aku nak reka yea.

Spontan aku menjawab, " benda ni (biji halkum) marahkan adik sebab Tanya banyak sangat. Tu yang dok bergerak je". Nasib baik datang idea nak jawab, lega…..




"O…. maknanya dia sayang kat adiklah yea?", tanya dia lagi.

"Kenapa pula adik kata camtu ?", balas aku tertanya-tanya.

"Yeala, mak pesan kalau marah itu tandanya sayang…" jawab dia selamba. Hah…. Sedikit terkejut. Aku semakin teruja dengan reaksi budak ini.

"Kalau tak marah, tandanya tak sayanglah yea ?", aku pula yang banyak tanya. Saja memprovok. Lalu dia mengangguk buat kesekelian kali dan beredar pergi.

Dalam dia aku bertanya sendiri "adakah dengan marah sahaja bukti kita sayangkan sesuatu ?".


KEMARAHAN UMMAT

Kerana marah, saat watak Nabi Yang Mulia dijadikan karikatur oleh 'seorang manusia bertuah' dari Eropah (Denmark), umat Islam hampir di serata dunia bertindak menyertai siri demontrasi aman yang dianjurkan. Meluahkan kemarahan. Kerana marah juga, mereka dan kita mendesak agar karikatur tersebut ditarik semula dan pelukisnya dikecam serta dituntut memohon maaf secara terbuka. Kerana marah, pelukis itu juga hampir dibunuh, malah sebelum itu dincam dengan beberapa ancaman. Kerana marah…..



Tapi, adakah semua yang menyatakan kemarahan itu benar-benar menyayangi diri Rasulullah saw ?.

Barang yang kita sayangi, pasti akan disimpan dan dijagai sepenuh perhatian, sebaik mungkin. Bukannya bersepah merata tempat yang kemudiannya bila barang tersebut dicuri, mulalah kita melenting marah lalu berteriak mengatakan itulah barang kesayangan.

Jadi, adakah marah tika itu tanda sayang ?..


APCO WORLDWIDE

Nama sebuah syarikat yang kini dibahaskan oleh para pemimpin kita. Orang kampung hanya menanti maklumat selebihnya. Yang pasti, keterlibatannya dalam sistem pentadbiran Negara khususnya dari skop pertahanan Negara mengundang kemarahan rakyat celik maklumat. Hampir ke tahap memualkan, mereka kata.mana tidaknya, bila mereka tahu bahawa Negara bakal dan hampir tergadai. Tanah tumpah darahku….. tanda cintai Negara.

Semangat patriotik !!!!



Pemimpin kita, bukan sedikit yang marah. Sidang parlimen menjadi saksi api kemarahan mereka. Marah….. yea mereka marah. Marah kepada peribadi yang telah membongkar 'Rahsia Keamanan' ini. Marah bila ruyung yang sepatutnya ditatang telah dipecahkan. Habis semuanya diketahui umum.

Kerana marah, peribadi tersebut disyorkan diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Bakal menerima nasib yang tak sepatutnya dia terima. Kerana mereka marah…. Itupun marah juga.

FIKIR-FIKIR, RENUNG-RENUNG

3 comments:

Bunga Rampai said...

Salam,

Marah itu api. Padamkan dengan air.

Marah di tempat yang betul tandanya sayang ;)

CerminDiri said...

salam kehidupan...

jangan bermain dengan api, kelak merana hidup.

student form 5 said...

marah dan menyalahkan orang lain, itu marah yang dicela. walaupun sebagai manusia rasa nak marah tu mmg fitrah. Namun Allah janji syurga buat hambaNya yang 'menelan marah'(kaazhimiin al-Ghaizh) hingga tak terpamer di muka pun.

adapun marah untuk membela hak dan menegur, itu marah yang dituntut.malah itu lah marah yang dikatakan tanda sayang.

macam kemarahan rakyat bila tahu isu APCO ni, itu tanda sayang dan ada rasa patriotik terhadap bangsa dan negara.

tak begitu, muallim?

oh karangan BAT tak siap2 lagi. harap muallim tak MARAH