Tuesday, May 8, 2007


bersama ahli baru dalam keluarga tanpa diri cermin



SELAMAT PENGANTIN BARU

Rasanya belum terlambat untuk cermin mengucapkan “Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Bahagia Dunia Akhirat” buat adik yang disayangi biarpun kenangan itu telah berlalu hampir 7 bulan lepas. Sememangnya bait kata ini telah pun diucapkan sewaktu menelefonnya pada pagi sebelum akad nikah, namun hati merasakan masih lagi tidak lengkap selagi ianya tidak diabadikan untuk secebis kenangan di dalam pondok web sendiri.
Bagi cermin dan mungkin juga bagi ahli keluarga, saat itu pasti manis dan menarik kerana itulah saat kami menerima kehadiran orang luar sebagai ahli keluarga baru.Walaupun tika itu cermin tiada di tanahair untuk menyertai sekali kemeriahan perkahwinan tersebut (waktu itu sibuk menghadapi peperiksaan awal penggal), diri berasa cukup gembira dan turut menumpang bahagia dicelah kesedihan yang payah dinafikan kewujudannya.
Yealah…..banyak sebab untuk cermin berasa sangat bahagia. Pasti sahaja sukar untuk dilupakan. Ditanam menjadi memori hidup.
Itulah kali pertama salah seorang daripada adik beradik cermin berkahwin.
Yang berkahwin pula adalah adik perempuan.
Dia lebih dahulu daripada keempat-empat abang dia dalam meneroka alam perkahwinan.
Lebih dari itu lagi, cermin tidak berpeluang meraikannya bersama pada hari tersebut.
Everything is okay, suara hati membisik. Yang penting sekarang mereka berdua bahagia. Pastinya itulah sahaja impian seorang abang yang dikejauhan. Akhirnya tedetik juga di hati, mungkin berkat perkahwinan mereka nanti sedikit sebanyak memberi tempias kepada abang-abangnya yang masih teruna lagi. Mungkin………….

Catatan: sehingga sekarang masih belum mampu mengingati nama adik ipar. Kesiannya……

12 comments:

Achik_Sufi said...

apada...kerja untuk achik boleh ingat tp nama adik ipar pun x blh nak ingatke..?
dah ade orang nnt bgth kat achik erk...

hakim dirani said...

Mungkin nama dia panjang kot.

tintaHati said...

salam cermin. salam kenal. salam kunjung balas. cermin sungguh2 berminat nak memborong kristal atau saja2 suka2 bertanya ya? kalau berminat nnnt tinta blh send quotation harga. ;)

adik beradik tinta semua belum berkahwin lagi. tinta punya turn tak tau bila. heheh... ;D

INDERA KENCANA said...

Saya ikut simpati dan memahami isi hati cermin. Sukar digambarkan kesedihan tidak dapat serta meraikan perkahwinan satu-satunya saudara perempuan. Tentu dia kesayangan cermin sekeluarga.

Insya-Allah keriangan itu akan terasa jua bilamana cermin pulang dengan segulung kejayaan untuk diraikan bersama ahli keluarga..

Izariza said...

Salam kenal Cermin,
Tahniah di atas pertambahan ahli keluarga. InsyaAllah, seusai cermin menamatkan pengajian kelak jodoh akan tiba. Semoga selamat segala-galanya :)

Anonymous said...

semestinya kerinduan cermin terhadap keluar begitu menbuak kan ? moga cepat dapat pulang ke pangkuan keluarga tercinta..

CerminDiri said...

salam kehidupan,

achik,
kala takde, agak2 boleh tolong carikan tak?.......

hakim,
mungkinlah.....

tintahati,
berminat memang berminat kerana ia unik,kalau boleh send apa salahnye...
moga2 cepat sampai turn tinta.

indera,
terima kasih kerana memahami walau dengan kunjungan dalam blog sahaja.

izariza & indah sakura,
terima kasih mendoakan.

Iman Mawaddah said...

Berapa umur adik? Boleh potong line abang-abang dia ya? hehe dah jodoh dia. Cermin sama seperti abang saya sukar mengingat nama abang ipar ketika kakak saya melansungkan perkahwinan tanpa kehadiran dia. Ketika itu dia juga perantau macam cermin.

Bunga Rampai said...

Salam,

Alhamdulillah, bertaut sudah dua hati. Moga bahagia dan dilindungiNya selalu.

Cermindiri bila lagi? :)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

iman,
ada juga kesamaan yea.....
memang hidup ini ada pelbagai karenah.

bungarampai...
doa2kanlah, moga dihujung nanti ada penantinya.

Kurma2Biji said...

Saya simpati laaa ngan cermin diri sebab suka hilang ingatan tentang nama adik ipar cermin.
saya nasihatkan banyakkan makan kepala ikan untuk kecerdasan otak... hehhehehe

jangan marah Cermin Diri

Baraka Allah Lahuma...

fatimah_mastura said...

salam `alaik ya akhi al-kareem,
al HamduliLlah... :)


dalam perjuangan,
cabaran dan dugaan akan tetap ada
dan pengorbanan itu diperlukan.
sebagai contoh,
entri akhi yang 1 ini,
moga thabat dan sabar hendaknya...

| Sesungguhnya hanya orang2
yang bersabar la yang dicukupkan
pahala mereka tanpa batas.
- 39:10 |

dan moga bertempias
keberkatan itu kepada akhi berempat
dan juga nahnu yang sedang membaca ini,
bi izniLlah.

p/s:
baarokALLAHulak wa baaroka `alaiika wa jama`a baiinakumaa fii khoiirr.

ALLAHumma amiin
wALLAHu a`lam bisawab.