Saturday, June 9, 2007

TAHNIAH BUAT PM

Selaku anak jati negara Malaysia merangkap salah seorang rakyatnya yang berjiwa besar, terasa sedikit rugi andai kesempatan yang ada ini walaupun lewat tidak diambil untuk berada bersama mereka yang lain mengucapkan “Selamat Hari Perkahwinan” buat Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Jeanne Abdullah(mungkin sekarang bergelar Datin Seri).
Juga ucapan tahniah buat Dato’ Seri di atas keputusannya memilih teman hidup disisi yang rasanya cukup tepat disamping sedikit sebanyak mengubat duka pemergian Datin Seri Hendon, ianya boleh juga dianggap sebagai bahan bakar bagi mengembalikan semula gahnya peranan jawatan Perdana Menteri itu ke tempat asal dan selayaknya.
Walaupun hati ini sebenarnya sedikit terguris dengan pendirian beliau yang sebenarnya mewakili keseluruhan rakyat Malaysia terhadap beberapa permasalahan antarabangsa, itu tidak termasuk dengan tindakan beliau menangani kes-kes dalaman Negara yang dipandang ada sedikit kecelaruan dan tidak bersesuaian, namun itu semua itu tidak menganjakkan diri dan hati untuk bersama rakyat Malaysia lain berkongsi kegembiraan hari ini. Semoga hari ini ada hikmahnya, gembiranya beliau hari ini moga-moga mendatangkan seribu kegembiraan buat rakyat Malaysia kelak.
Isteri itu bagai tongkat si buta, penenang jiwa pendamping setia. Harapan hati akhirnya semoga Jeanne Abdullah (datin seri) dapat memainkan peranannya mendokong teraju pemerintahan Dato’ Seri sebagai orang nombor satu Negara agar lebih disegani dan dihormati pada masa akan dating, menjadi penyerlah kepada inspirasi sebenar Dato' Seri sekaligus mengembalikan kecemerlangan Malaysia sebagai salah sebuah negara berdaulat di persada dunia.

6 comments:

tintaHati said...

Oh tumpang sekaki la mengucapkan selamat pengantin lagi kepada PM kita.

Semoga dengan kehadiran sang isteri dapat menyemarakkan lagi perjuangan menegakkan islam di bumi malaysia ni. Harap2nya lah..

Sunan_Jati said...

hehehehhe...
ehem... ehem...

bang_gugar said...

salam,

hehehehe..

hang bila lagi?!..

aiwahh (",)

Anonymous said...

Moga jodoh mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Achik_Sufi said...

selamat pengantin baru buat PM kita...

cermin bile lagi...? katenye banyak peminat...kui..kui...

bunga rampai said...

Salam,

Sudah lama tidak mendengar suaramu menyebut 'salam kehidupan' ... rindu pula :)

Mereka bahagia. Alhamdulillah.