Monday, July 2, 2007

RESAH BULAN JUN

Gelisah hati yang sebelum ini berkocak sudah semakin tenang. Nafas kelegaan yang dulu tersekat dicelah himpitan sudah mampu dilepaskan kini. Nafas itu dihembus sepuas-puasnya tanda kepuasan hati. Senyuman di bibir terlirik menjawab keriangan jiwa. Diri terasa berbangga dengan kemampuan sendiri tanpa dilupa itu hanya keupayaan sementara.
Walaupun masih berbaki 2 pelajaran dalam seminggu ini, kepuasan menjawab soalan beberapa pelajaran yang terdahulu terzahir sudah. Tanpa dapat dibendung. Mungkin itu anugerah Yang Esa buat pemujuk jiwa yang sedikit tertekan dengan karenah sepanjang sebulan ini. Banyak perkara yang dihadapi dari luaran mahupun dalaman. Rasa malas, bosan, tertekan ataupun usikan dari rakan-rakan sedikit sebanyak mengganggu penumpuan diri. Namun alhamdulillah, semuanya ini mampu dilalui. Natijahnya, garisan penamat itu hampir dilangkaui menamatkan keresahan bulan jun ini.
Peratus keputusan pelajaran yang terdahulu walaupun belum diketahui, diri ini yakin bahawa yang dilakukan itu adalah yang terbaik. Pastinya keputusannya juga adalah yang terbaik selaras dengan usaha yang dikorbankan. Apapun, diri tidak mengeluh jika yang berlaku sebaliknya kerana itulah ia bukti setakat mana kesungguhan ditunjukkan. Jikalau kurang baik, maka kesungguhan yang lebih jitu perlu diusahakan.
Resah bulan jun walaupun sudah hampir berakhir, tidak bermakna keresahan bulan lain tidak bertandang. Ada....... terpulang kepada diri sendiri melayannya. Perkara itu sememangnya diakui. Cuma berlainan bentuk dan caranya.
Buat akhirnya, resah bulan jun itu telah berjaya dilalui dengan natijahnya yang masih di dalam penantian diri. Dalam perkiraan sendiri, moga-moga usaha yang dicurah menghasilkan natijah yag ceria.

7 comments:

bang_gugar said...

salam,

ceria la sikit..
ala.. pereksa tu bukannya susah pun.. tapi kalau hang fikir susah.. susahlah jadinya..

natijah tu.. aku doakan semoga NAJAH..
(",)

Iman Mawaddah said...

Alhamdulillah sudah lepas minggu peperiksaan. Jangan susah hati sangat, yang penting kita dah berusaha dan bertawakkal. Selebihnya Allah punya kuasa.

P/S: Dah lepas periksa ni boleh la jawab tag ya hehe..Nanti suruh Bang Gugar tag Cermin Diri :D

Mak Su said...

hai...assalamualaikum... biarlah resah, nanti ketenangan akan tiba.

IndahSakura said...

Alhamdulillah dah selesai exam.
Moga Najah hendaknya :)

Salam.

Achik_Sufi said...

erm...baguslah tue...bacela buku selalu walaupun dah abis exam

ukhti27 said...

bismiLlah wal HamduliLlah,
as-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah...


salam penghulu segala hari
ya akh al-kareem...

la tahzan innaALLAHa ma`ana.
moga Najah fiddunya wal Akhirah.
ALLAHumma amiin.

masya`ALLAH,
persinggahan ana kali ini
dengan membawa oleh-oleh,
tafadhdhol au tafadhdholi
kepada sesiapa sahja yang sudi :)

-> pertama, -> kedua

fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

bang,
harap2 begitulah yea,
terima kasih tak menganggu selama sebulan lepas

iman,
paling malas sekali nak jawab tag, jawab soalan periksa takpe lagi.
apa2 hal akan cuba.

maksu,
saya setuju, terima kasih mengunjungi.

indah,
terima kasih mendoakan

achik,
yealah tue, awak tu buat ape?....

ukhti27,
memang bestla kali ni, siap bawak ole2 lagi. nak kena bals ke?....