Monday, July 16, 2007

SATU PENGALAMAN

Sehingga kini, hampir 10 hari sudah menjejakkan kaki di bumi Malaysia setelah 3 tahun meninggalkannya. Dan baru malam ni berpeluang balik ke rumah sendiri, itupun memandangkan esok tiada aktiviti, kalau pun ada hanya di sebelah petang. Kena pandailah mencuri masa.
Nasib baiklah keluarga memahami, lagipun dah berjumpa dengan anak kesayangan mereka kat hotel pada hari pertama lagi, jadi tak berapa terkilan sangatlah. Alhamdulillah malam ni ada rezeki balik ke rumah. Kosonglah seketika bilik kat hotel sana.
Letih?.....memanglah.....nama pun bekerja. Ke sana ke sini, lebih- lebih lagi bekerja dengan wartawan, semua tempat yang terbabit terpaksa pergi. Dengan cuaca khatulistiwa yang lama tidak dirasa, terasa semacam sedikit menganggu. Mungkin untuk permulaan sebelum badan ini terbiasa dengannya.
Kira ini sebagai pengalaman barulah walaupun bekerja di negara sendiri dan untuk seketika cuma. Dari sudut cara bekerja, cara bermuamalat, menyelesaikan pengurusan yang berkaitan, semuanya itu baru diceburi. Walau apa pun itulah dia kehidupan. Dan itulah juga kehidupan yang ingin ku sampaikan ertinya saat bicara salam dihulurkan.

6 comments:

banggugar said...

salam,

amboi2..

dah lama dok syria kena panas malaysia pun dah tak tahan..

hahaha

balik mai nnti jgn lupa buah tangan utk aku..

(",)

SoalHati said...

cermindiri blajar d syria ye dulu?kat mana? ni kerja wartawan la ye?

smg Allah mudahkan urusan cermin diri insyaAllah..

tintaHati said...

Ohh ada di tanahair sudah. Wartawan belah mana tu. Tinta pun wartawan juga nih! ;D

Anonymous said...

Selamat kembali ke tanah air buat Cermin. Pastinya seronok dapat berdekatan dan bertemu kembali dengan kelaurga yang tercinta :)

banggugar said...

salam,

bila nak balik mai syria?..

(",)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

banggugar,
buah tangan jenis mana tue?...banyak sangat,nanti bolehlah tolong carikan.balik awal bulan depan.sambutlah yea....

cahayamata,
sekarang pun belajar tak abis lagi.cuma kerja untuk cuti musim panas.

tintahati,
wartawan untuk laporan piala asia. sekadar jadi translator.
betul ke?....tak jumpa pun.

indahsakura,
terima kasih, kini gembira tak terkata.