Monday, October 22, 2007

BERKONGSI CERITA

Memang banyak cerita yang ingin dipapar buat kongsian bersama. Dari mula habis puasa, berhari raya sehinggalah ke hari ini. Satu persatu kalau boleh tanpa tertinggal sedikit pun. Cuma sekarang masa cukup mencemburui. Ke sana ke sini meligan masa. Kekadang sampai tak terkejar. Jadi, ambil keputusan paparkan beberapa sedutan aje. Selamat membaca dan berkongsi cerita.

1. Pindah rumah

Di malaysia, kebiasaannya seminggu sebelum berhari raya semua persediaan sudah dibuat. Dengan kuih rayanya, pakaian melayu, kain langsir dan alatan perumahan. Hanya menunggu fajar syawal menjelma aje. Berlainan dengan cermin pada tahun ini. Terpaksa pindah rumah pada 27 ramadhan lalu. 3 hari lagi nak beraya. Faham-faham ajelah. Memang berteraburlah ceritanya. Setakat nak datang beraya, ahlan wasahlan. Cuma boleh hidang kacang dengan air gas. Kesiankan, dahlah beraya di perantauan. Nasib.....nasib......
(terima kasih kat banggugar, bayu, hakim dan kengkawan lain yang sudi tolong pindah rumah).

2. Sibuk selepas raya

Sekarang cermin sibuk menyiapkan draf laporan tahunan persatuan pelajar di sini sebagai persediaan untuk mesyuarat agung tahunan tidak lama lagi. Banyak helaian dan banyak mukasuratnya. Ditambah dengan pengajian di kuliah yang sudah bermula. Memang sedikit kelam-kabut. Biasalah pertama kali. Sebelum ini, draf itupun cermin tak tau apa maksudnya. Sekarang, bolehlah kalau setakat nak bercerita apa itu draf dan apa itu laporan tahunan. Kan itu pengalaman namanya.
Nasib baik ada orang yang membantu. Kalau tidak, lintang pukang juga buat kerja sorang-sorang. Yealah.....kalau cermin tak tahu dia tolong buat dan kalau dia tahu pula cermin tolong buat. Tapi.....kalau dua-dua tak tahu, meloponglah jawabnya.

*Ada sikit makluman buat siapa yang tak tahu lagi, Persatuan Pelajar Malaysia Syria akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 10/11 ni. Harap-harap berjalan dengan jayanya.

3. Umur semakin meningkat

Minggu lepas, umur cermin meningkat setakah lagi. Sedar tak sedar zaman terus berputar dan masa terus berlalu. Begitu cepat tanpa menunggu kita. Takut-takut kita tertelan dengan gelombang putaran masa tersebut. Hemm.....dah semakin meningkat remaja rupanya. Perangai tetap tidak berubah. Bila yea nak berubah selari dengan tuanya usia. Mungkin perlu orang lain yang tolong menyedarkan cermin.
Di saat umur yang semakin meningkat terfikir sendiri, sehingga ke saat ini apa yea kerja atau amalan yang telah cermin sumbang buat umat Islam, buat kemajuan ummah serta kecemerlangan Islam itu sendiri?....masih terus berfikir. Moga-moga usia ini mampu meledakkan semangat jiwa dalam meletakkan Islam itu di tempat yang semulianya.

5 comments:

tintaHati said...

Sekali sakala suasana raya bertukar wajah seronok juga asalkan erti sebenar syawal tetap sama. Tapi sungguh kita masih beruntung kerana tidak beraya dalam suasana peperangan tau keadaan darurat. Itu pasti lebih sedih.

Oh oh umur sudah meningkat ya? Selamat panjang usia. Moga bercambah ilmu dan amalnya.. ;)

SoalHati said...

selamat hari lahir juga buat cermindiri. barpe hb ye? semoga Allah berkati umurmu.
betul tu, bila kita dapat task yang kita sendiri tak pernah buat, saya selalu positifkan fikiran, maybe Allah nak saya belajar sesuatu yg baru dari task tu;)

Mak Su said...

Hai.. salam perkenalan, assalamualaikum. Pindah rumah... wahh, tentu masih penat ek. saya pun besday minggu lepas... sama date kah kita?

Bunga Rampai said...

Salam kehidupan :)

Usia meningkat. Pandang diri dalam cermin. Lihat apa yang perlu dibaiki, diubah, dinaikkan taraf. Cermin tidak pernah berbohong.

Barangkali gaya rambut juga perlu ditukar? ;)

Semoga selamat semuanya ...

tintaHati said...

Gaya rambut??? Huhu...ada kena mengena dengan usia ekh? Hang punya gaya lagu mana? ;)

Ekhh silalah update! ;P