Monday, December 17, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Seawal pagi hari raya, kelihatan sebuah keluarga (suami, isteri dan seorang budak kecil) sedang bersiap untuk pergi bersolat. Namun karenah anak di pagi itu memeriahkan suasana.
Adik (sambil merengek) : Ibu, kenapa pagi ni kita semua kena bangun awal. Kan hari ni masih lagi cuti sekolah?.... nak kena mandi plak tu. Mengantuklah…..
Ibu : Adik dah lupake…. Hari ni kan hari raya haji. Jadi pagi ni kita kena bangun awal, mandi, pakai baju lawa-lawa pastu kita pergi ke masjid untuk sembahyang sunat hari raya.
Adik : Yang orang panggil hari raya korban tu yea…..
Ibu : Hah….. pandai anak ibu.
Adik : Ibu, kenapa dorang panggil hari raya korban yea?.... macam tak best je pun nama tu.
Ibu: Adik…..mana boleh kira best ke tak best. Adik nak tahu tak kenapa dinamakan hari raya korban?.....
Adik : Nak….nak….. (sambil memegang kain tuala ia mendekati ibunya)
Ibu : Sebab nak mengingati kisah Nabi Ibrahim as yang berkorban menyembelih anaknya demi mengikut arahan Allah swt yang ingin menguji imannya. Kisah anaknya Nabi Ismail as yang sanggup membiarkan dirinya dikorbankan demi membantu ayahnya melaksanakan suruhan Allah swt. Kisahnya isterinya Siti Hajar yang merelakan anaknya dijadikan korban demi membantu suaminya menyempurnakan arahan Allah swt.
Adik : Oo…. barulah adik faham. Lepas ni adik bolehlah cerita kat kawan-kawan.
Ibu : Kalau dah faham, adik kenalah pergi mandi. Korbankan sikit masa tidur tu. Tiru macam Nabi Ibrahim as.
Adik : Alah….. macam tulah pulak.
(berlalu ke bilik air sambil menghentakkan kaki)

Hijrah itu dituntut, pengorbanan itu perlu.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

7 comments:

bang_gugar said...

salam,

hahahha.. aku orang pertama,

selamat hari raya aidilAdha jugak kat hang..

(",)

tintaHati said...

Salam Hari Raya juga. Apa pengorbanan hang tahun ni?

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

Selamat hari raya korban cermin..:)

best tulisan ni...

Achik_Sufi said...

salam,
ishh..ishh..
sadis sungguh kisahmu itu...ape yang yg sadisnye erkk...???

nie...achik nak ucapkan " selamat hari raya aidil adha " .bile nak buat rumah terbuka...? rumah kami x de gas nie....

Mak Su said...

selamat hari raya aidil adha

SoFie NuR said...

salam aidiladha..maaf zahir batin..:)

bunga rampai said...

Salam,

Kehidupan ini adalah tentang tanggunjawab, tanggungjawab untuk menghidupkan jiwa. Menghidupkan jiwa amat memerlukan pengorbanan.