Thursday, December 27, 2007

NASIHAT AWAL TAHUN

Orang kata;
Masa muda ini mesti digunakan sebaiknya takut menyesal di hari tua.
Kata hati;
Dunia sudah terbalik, yang muda berlagak tua dan yang tua bercita nak kembali muda. Apa kes……

Orang kata;
Cubalah bersikap baik kerana ia akan dibalas dengan kebaikan. Bila kita disukai, orang lain pun akan layan kita dengan baik.
Kata hati;
Kebanyakkan kita lebih suka menerima dari memberi, mana boleh jadi…….

Orang kata;
Kaum tua perlu dihormati kaum muda perlu dikasihi, barulah hidup aman sentosa.
Kata hati;
Susah sekarang nak jumpa tapi tak mustahil ada yang masih bersikap camtu. Mungkin payah jumpa…

Orang kata;
Hidup ini hanya sementara tidak berkekalan lama, kena perbanyakkan bekalan untuk kehidupan di sana.
Kata hati;
Kita sering tertipu dengan keindahan sementara hatta dalam urusan duniawi sekalipun. Sampai bila…..

Orang kata;
Itu ini begitu begini macamtu macamni. Yang nak melaksanakan tak nampak langsung bayang.
Kata hati;
Cakap memanglah mudah, siapa yang tolong buat?....

Orang kata;
Tahun baru mesti berazam baru, perbaharui semangat.
Kata hati;
Azam yang lama pun masih tenggelam punca, nak buat azam baru jauh panggang dari api. Tapi tak salah berazam baru dan tak salah juga meneruskan azam lama.

SELAMAT TAHUN BARU
SEMOGA KEREDHAAN ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA DI DALAM NIKMAT KEBAHAGIAN HIDUP YANG SEDANG DAN BAKAL KITA KECAPI

6 comments:

butaseni said...

sungguh bermakna entry ni hehe
slamat tahun baru juga untuk kamu.semoga termakbur wish mu

hakim dirani said...

ya, betul tu. juga selamat tahun baru.

Mak Su said...

selamat tahun baru juga buat anda

uda said...

best ek entry ni....
selamat tahun baru....
semoga lbih bermakna dr tahun2 y lalu..

Achik_Sufi said...

ermm...bagus..bagus...

selamat tahun baru...n selamat azam baru.

tintaHati said...

Menanam azam lebih mudah daripada berusaha melaksanakannya.

Untuk memulakan langkah pertama selalunya susah tapi bila dah mula melangkah, yang seterusnya akan jadi lebih mudah.