Sunday, February 10, 2008

BILA LAGI


Malam tadi angin yang bertiup dari tanah semenanjung mengkhabarkan pilihanraya Malaysia semakin hampir. Angin yang melalui tanah arab itu bukan lagi sepoi-sepoi bahasa, tetapi angin yang kencang tiupannya. Ia juga turut bertiup di benua lain serata dunia mencari rakyat Malaysia agar mereka tidak terlepas khabar ini. Khabar pilihanraya…..khabar pemilihan rakyat Malaysia.

Yea, pilihanraya semakin hampir. Ciri istimewa sistem demokrasi ini amat ditunggu semua untuk melempiaskan hak yang masih berbaki setelah kebanyakkan hak-hak keistimewaan warganegara Malaysia dicuri dan dikhianati.

Walaupun begitu, penentuan harinya masih menjadi teka-teki Perdana Menteri untuk rakyatnya. Memang menyeksakan kerana ia satu penantian. Menanti-nanti bilakah harinya, bilakah tarikhnya. Dalam pada itu, sebenarnya ia dianggap sebahagian pihak sebagai satu taujihat. Merangsang kita agar sentiasa berwaspada dan bersedia. Menggerakkan semua kekuatan dengan satu perancangan teliti, bukanlah melatah hingga menzahirkan kelemahan. lalu membawa kekalahan. Biar dia dengan teka-tekinya, yang penting kita dah bersedia menyusun cara untuk menjawab teka-teki tersebut. Sejarah itu adalah pengalaman dan panduan kita.

Semua kita menunggu dan mengikuti khabarnya. Baik di dalam Negara mahupun yang bertaburan di pelusuk dunia kerana kita sedar itu adalah hari penentuan. Penentu berapakah pula harga minyak akan mencacak naik, begitu juga roti canai dan cucur di tepi jalan, tak lupa yuran sekolah, kebajikan rakyat, kebebasan media, keistimewaan bumiputra, dasar luar Negara dan lain-lain yang terlalu banyak kalau hendak disentuh. Nasihat cermin janganlah kita kali ini tersalah langkah lagi.

Bagi yang sudah mula bergerak untuk merealitikan impian rakyat, terima kasih dan syabas diucapkan. Teruskan usaha mulia kalian, kami di luar akan sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan kesejahteraan. Mereka yang masih terlena, sedarlah!!!... hari sudah pun siang. Masa untuk mengkotakan kata sudah lama bermula. Jangan sampai anda merasa rugi bila tiket sudah dibeli, tapi anda tertinggal keretapi.

7 comments:

hakim dirani said...

Cermin, anda di tag saya. jadi tolong jawab.

Mak Su said...

sepanduk dah mula naik dah

tintaHati said...

bulan ni atau bulan depan agaknya...

Butaseni@Wan Raja said...

hehe tahun nak cari duit lebihlah,nak buat poster hehehe pembangkang pun pembangkanglah janji fulus masyuk :D

CerminDiri said...

salam kehidupan,

hakim,
sedang rangka ayat camne nak jawab.tunggu yea....

maksu,
betul ke?....xde dalam akhbar pun.

tintahati,
bulan nilah cik tinta.

butaseni,
yea...cadangan yg baik.

banggugar said...

salam,

nak mengundi jugak ke?

(",)

tintaHati said...

Bulan depan lah. 8 MAC. terer tak owang teka...hihihi...