Monday, April 7, 2008

ANTARA KITA DAN SUU PHEA

Membaca Suu Phea seolah kita membaca selembar harapan saudara mara kita. Menghayati jalan ceritanya seperti kita sedang berhadapan dengan situasi sebenar. Situasi yang dihadapi oleh Suu Phea, seorang gadis Myanmar yang mempertaruhkan kehidupannya demi masa depan anak bangsa. Berjuang menegakkan apa yang ia panggil sebagai demokrasi. Keadilan hak milik semua. Yea….itu cita-citanya. Itulah harapan yang terkandung dibenaknya.

Mereka saudara kita. Satu rumpun melayu. Mungkin juga satu agama. Malah punya harapan yang sama. Mahu melihat semua rakyat mendapat persamaan hak. Itulah watak Suu Phea yang digambarkan. Di sana juga terselit watak Suu Kyi di atas landasan yang sama. Memperjuangkan keadilan sosial.

Novel karangan Abu Hasan Morad ini ada realitinya. Mana mungkin kita lupa beberapa bulan yang lalu saat rakyat Myanmar turun beramai-ramai berdemontrasi menuntut demokrasi dari pihak junta tentera. Seluruh akhbar merakamkan peristiwa tersebut. Diketuai para sami, mereka berhimpun menzahirkan sebuah harapan. Sehingga kini harapan tersebut masih terawang-awangan.

Dunia menjadi saksi bahawa di belakang tabir sana ada pihak yang beraksi menyekat harapan tersebut. "Suu Kyi dihalang kembali aktif politik". Tajuk akhbar ini menjadi buktinya. Malah mereka mengaburi umum dengan penamaan semata "pelah ke arah demokrasi", demi satu matlamat mengekalkan penguasaan junta tentera di parlimen seterusnya menafikan bibit-bibit kewujudan demokrasi di bumi Myanmar.

Semuanya itu akan berkuatkuasa apabila draf perlembagaan terbaru Myanmar dikemukakan kepada umum. 25 peratus kerusi Parlimen perlu diperuntukkan kepada tentera, melarang Suu Kyi daripada dilantik sebagai Presiden atau Ahli Parlimen kerana berkahwin dengan rakyat asing, memberi kelulusan kepada tentera untuk mengambil alih kerajaan. Semuanya ini adalah bukti nyata.

Sedangkan haiwan pun akan mempertahankan kelompoknya dari gangguan luar, kenapa tidak manusia?.... Terlalu mengikut hawa nafsu tanpa berfikir adakah ianya sesuai dengan lunas-lunas kemanusiaan atau kerana manusia berakallah, mereka cuba mencipta jurang pemisah demi kepentingan diri. Mungkin juga kerana tiada pedoman agama yang memandu.

Antara Suu Phea, Suu Kyi, junta tentera, demokrasi dan bumi Myanmar sering bersatu mencipta sebuah kehidupan dengan watak pelbagai. Demokrasi itu matlamat utama.

Alhamdulillah, kita di Malaysia sedikit beruntung dengan adanya sistem demokrasi yang walaupun sedikit pincang. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada apa yang menimpa Suu Phea dan Myanmar. Namun perbandingan itu belum cukup sempurna. Sebaiknya kita membandingkan Malaysia dengan Negara-negara dunia yang lebih baik pengamalan sistem demokrasinya.

6 comments:

Mak Su said...

memandang ke atas penting, mmndg ke bwh pn pntg supy kita sentiasa sadar... kan

Unknown said...

bersatu kita teguh. itu yang sesuai kot. cuma kalau bersatu tapi tunjangnya rapuh, pun boleh roboh.

Jom pi pesta buku.

Butaseni@Wan Raja said...

:) sistem kita bukan sedikit pincang,sudah tergoncang sebenarnyee hehe

tintaHati said...

pinjam cermin buleh? ;D

CerminDiri said...

salam kehidupan,

maksu,
yup....memang sepatutnya begitu. tapi beramai org yang berfikir seperti maksu?...

ainin,
pesta buku?....wow bestnyer. anda beli buku aper, ke sekadar jadi pemerhati.

butaseni,
tak gamak nak cakap camtu.

tintahati,
maaflah....ada satu aje. tiada stok di pasaran.

syauqah-el-wardah said...

Suu Phea.. hmm novel yang telah hampir setahun dibeli dari tangan Cikgu Hassan sendiri lewat gerai Galeri Ilmu dijemput untuk sebuah program anjuran Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab...
Dengan tandatangan Cikgu Abu Hasan, ia menitipkan semangat untuk sama-sama meneladani kisah di dalamnya.

Pesta buku,
alhamduliLlah walaupun dalam fatrah imtihan beberaapa minggu lepas, saya dipilih oleh Allah untuk hadir ke Pesta Buku Antarabangsa pada tahun ini seperti tahun2 lepas.
Buku yang sempat dipilih dan dibayar oleh kakak ku yang baik hati, ialah:

Salju Sakinah - ustZaid Akhtar
Karya Nan Indah - Faizal Tehrani

AlhamduliLlah sebab sempat juga bertemu dengan kedua-dua penulis dan pemikir ini. Bertambah semangatlah saya menghabiskan dua-dua buku ni... dan terubatlah tension exam saya... ;p