Tuesday, April 15, 2008

KASIH SAYANG MEREKA

Waktu kecil dulu ibu selalu pesan jangan jadi seperti lalang, ke kiri ke kanan mengikut hembusan angin. Tidak pernah tetap di satu tempat. Hidup perlu ada pendirian. Jangan mudah mengikut arus. Abah pula hanya diam mengangguk.

Kalau waktu bergaduh dengan adik atau abang, sambil marah ibu akan berkata "kalau dah tak boleh duduk dengan orang, pergi tinggal kat hutan sana. Takde orang nak kacau". Abah hanya memerhati dan sesekali berkata "biarlah…..budak lagi".

Bila kita minta belikan alat tulis baru ibu cakap "elok lagi pensil tu, kan boleh guna lagi buat apa minta beli yang baru" (walaupun pensil tu sudah tahap kontot). Abah sekali lagi diam. Sehari kemudian, abah pulang dari kerja dengan pensil yang baru.

Saat kita melawan cakap, ibu akan mencapai rotan. Lalu berbiratlah badan lepas itu. Kata abah "hah…..lawanlah lagi cakap ibu, nanti kalau tak dapat cium bau syurga jangan menyesal" (nada menyindir).

Sekarang bila sudah jauh di rantau orang, ibu selalu bertanya "bila nak abis mengaji?.... tahun ni tak balike?".....Abah pula kata kalau ada peluang sambung mengaji, teruskan mengaji sementara umur masih muda.

Dua gaya berlainan dengan satu tujuan. Ingin melihat anak mereka menjadi manusia. Itulah orang tua kita. Kasih sayang mereka belum tentu terbalas. Namun kita yakin bahawa hanya kasih sayanglah yang mampu membalas kasih sayang mereka.

Sabda Nabi saw:
"berbuat baiklah kepada ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu".

7 comments:

tintaHati said...

Cermin walaupun aku bukan ibu dan ayahmu tapi aku kok perihatin juga sama kamu... bila mau pulang? :P

Mak Su said...

mak mmg ganazz skit, tapi biasa ler.

Butaseni@Wan Raja said...

hehe memang selalu dirotan mak,ayah cool je,tengok je kadang kadang buat deekk je.tapi sekali ayah marah....macam gunung berapi.mak pun tak berani nak menyampuk hehehe
itulah ayah.

syauqah-el-wardah said...

Dura tiba-tiba menjengah atma sesampainya retina membaca kalimah terakhir dalam entry awak kali ni...

Mak & Abah saya memang berbeza karektor.. ehehe (^_^) manisnya hidup berkeluarga...

azidul awfa said...

semoga cermin boleh penuhi harapan ibu dan abah.harapan mereka adalah kebahagian kita....

CerminDiri said...

salam kehidupan,

tinta,
perjalanan masih jauh, permulaan sudah lama ditinggalkan tapi penghujungnya masih belum kelihatan.

maksu,
mak memang ganas....ditujukan khas buat maksu.

butaseni,
diam2 ubi berisi. itulah sifat lelaki.

syauqah,
lebih manis kalau kita sedar kemanisan hidup berkeluarga.

azidul awfa,
sudah pasti... kekadang kita lupa.

CikguZue said...

kapan mahu pulang? -mesti mak dah amat rindu tu...
kalau sambung pun takper...terpulang.-ayah cover2 kerinduan jugak tu...

taat ibubapa, pulangannye jugak besar,kan...iya,terpulang.