Wednesday, June 4, 2008

ANGAN-ANGAN MAT JENIN 2

(sambungan….)

Mat jenin tidak mencuri, tidak menipu dan merasuah bagi mencapai matlamat atau angan-angannya. Dia melakukan pekerjaan dengan memanjat pokok kelapa. Daripada angan-angan beliau yang umum ketahui, adalah jelas mat jenin tahu matematik, faham strategi dan akur kepada peribahasa "sehari mencarik benang lama-lama menjadi kain". Betapa mulia dan hebat angan-angan mat jenin. Kalau dia mati, mana mungkin kita tahu perihal angan-angannya.

Sebenarnya yang mematikan mat jenin adalah penjajah dan orang yang keberatan untuk menerima hakikat bahawa semangat mat jenin ada dalam setiap diri manusia khususnya bangsa melayu.

Mat jenin adalah simbol kekuatan semangat orang melayu. Angan-angannya adalah lambang pemikiran kreatif, inovatif lagi futurisitk.

Sudah sampai masanya tanpa ragu dan segan kita cadang dan nobatkan semangat mat jenin ke seluruh pelusuk isi alam. Mat jenin adalah kita orang melayu yang pada setiap detik dan ketika mahu mencipta angan-angan dan merealisasikannya menerusi usaha yang bersungguh-sungguh serta ditokok pula penyerahan diri kepada yang maha esa.

(copy paste dari mukadimah buku Membina Imaginasi Cemerlang-Dr. HM Tuah Iskandar)

Akhirnya, bagi melengkapkan lagi pemahaman kita terhadap apa yang dikatakan angan-angan itu, di bawah ini akan disertakan definasi angan-angan dan apa hubungkaitnya pula dengan impian, cita-cita, khayalan, fantasi, imaginasi dan hasrat. Semoga kita hari ini adalah orang yang mampu menempuh kesamaran bayangan lalu terus berjalan atas landasan kehidupan sebenar. Orang kata dengan imaginasi terbentuknya realiti.


Angan-angan : gambaran atau bayangan dalam fikiran, sesuatu yang tidak mungkin tercapai.
Impian : angan-angan, khayalan.
Cita-cita : harapan, hasrat, keinginan atau tujuan yang hendak dilaksanakan.
Khayalan : angan-angan, melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
Fantasi : imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan.
Imaginasi : daya atau kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan, mencipta sesuatu secara khayalan.
Hasrat : keinginan yang kuat untuk memiliki sesuatu.

6 comments:

omi rabiah said...

Tidak salah berangan-angan. Namun pastikan asasnya dipasak tegap dan diusahakan hingga jaya.....bak kata MatSalleh "It's not wrong to build castles in the air, but ensure that you also build pillars down to earth".

CerminDiri said...

salam kehidupan,

memang tidak salah. masalahnya ramai kita terlalu berangan-angan tanpa mahu berusaha.

Butaseni@Wan Raja said...

sangat setuju dengan entry ni.
syabas :D

tintaHati said...

Sebenarnya terpulang kepada diri masing-masing. Saya rasa semuanya sama saja...baik angan-angan, impian, khayalan, hasrat, imiginasi, fantasi mahupun cita-cita tak akan berjaya tanpa usaha.

Ramai orang sekarang memasang cita-cita yang tinggi tapi berapa ramai yang berjaya mencapai cita-cita?

Sungguhpun kalau kita berfantasi tapi kalau ada usaha ke arah itu tak mustahil fantasi menjadi realiti. Kita hanya perlu buka minda dan sudah pasti terserah kepada empunya diri yang mencipta segala impian, cita-cita, fantasi atau angan-angan!

Mak Su said...

heh heh heh

CerminDiri said...

salam kehidupan,

butaseni,
terima kasih kerana sependapat dengan saya.

tintahati,
he...he....he dak bertukar sikap nampaknya.

maksu,
kenapa?.... ada yang tak kena ke?.