Wednesday, August 5, 2009

AKU ADALAH AKU

Aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang akademik. Tidur, bermain, tak faham apatah lagi untuk memberi faham kepada orang lain. Itu antara tabiat aku yang aku tahu.

Melanggar disiplin adalah antara hobi aku. Guru marah, benci, menyampah, itu semua aku tolak tepi. Yang penting aku suka. Dimarahi, didenda, alah bisa tegal biasa.



Ramai rakan-rakan yang menjauhkan diri, peduli apa. Aku pun ada kengkawan sendiri. Punya hobi yang satu. Mungkin tak cerdik, tiada disipin, tak tahu berkawan menjadi puncanya.

Sekolah seakan tempat paksaan. Itu fikir aku. Dunia aku adalah pagi pergi sekolah, petang pulang ke rumah. Belajar, nak faham, itu jauh sama sekali. Hanya mengumpul member di sana menjadi rakan sembang.

Di sebalik pagar sekolah, dunia luar sentiasa melambai godaannya. Menggamit hati untuk join sekaki. Ponteng sekolah….. takpe, yang penting jangan sampai di buang sekolah. Nanti payah….

Kalau jadi kes, ibu bapa berleter panjang. Habis semua perkataan terkeluar. Aku setia mendengar. Telingaku sudah lali menerimanya. Ibarat air yang dituang ke daun keladi.



Tapi… itu semua cerita dulu. Menjadi sejarah. Mencipta diari kehidupan. Lembaran pengalaman yang terkadang mencuit hati. Membuat aku tersenyum bila ia diingati semula.

Hari ini, aku adalah aku. Jauh berbeza dari yang dulu. Walau tidak sehebat mana, aku masih berbangga kerana aku adalah aku. Aku yakin peluang membaiki diri masih terbuka luas untuk diredahi. Hanya menanti langkah penjejaknya.

Merasa rendah diri, tidak sekali-kali. Hendak berbangga diri, aku tahu latar belakangku. Siapa aku dan apa kelayakan aku. Yang penting kini aku lebih mengerti bahawa tugasku kelak lebih menambah erti. Itupun jika aku terus menyedari.

4 comments:

CikguZue said...

salam,
cermin menjadi cermin diri...ahah.
macam itula selalunya,kan. pengalaman boleh mengubah dan mematangkan diri. malah mudah pula utk memahami situasi pelajar2 sekarang.semua ada hikmahnya.

Iffah said...

Salam,

Cermin diri.semoga anda terus menrus jadi orang hebat.Ameen.

Bunga Rampai said...

Salam,

Alhamdulillah. Anda tahu dan memahami diri anda. Itulah keyakinan diri!

Ruang dan peluang sentiasa ada untuk kita baiki diri. Teruskan usaha untuk menjadi insan kamil.

Anonymous said...

salam,
pengalaman anda menjadi guru untuk merevolusikan diri dan pelajar.. teruskan islah untuk menjadikan dan melahirkan insan yang rabbani.