Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN.... CINTAKU

Alhamdulillah, ramadhan tiba disambut hati penuh kegirangan. Peluang ini diberikanNya kepada kita buat kali yang seterusnya. Menandakan kita masih lagi di dalam rahmat dan kenikmatanNya.

Bagi yang merinduinya, kini kita sudah bertemu sesudah setahun berpisah. Untuk melampiaskan kerinduan, pastinya kita mula memikirkan cara terbaik untuk bersama dengan yang dirindu ini. Tapi bagi yang tiada kaitan, ia sekadar hari-hari yang berlalu pergi.

Sebagaimana seseorang yang sedang kemaruk rindu, berapa banyak idea yang diperah untuk menzahirkan kerinduannya buat teristimewa, buku-buku berkaitan percintaan berapa kali dikhatamnya, itu belum termasuk lagi cara bergaya, cara berpakaian dan penampilan serta cara berkomunikasi. Dengan satu tujuan, menunjukkan betapa rasa rindunya terhadap insan tersebut.

Tapi percaya atau tidak bahawa semua itu tidak akan berjaya, hanya akan mensia-siakan masa, meletihkan tubuh badan, mengharap sesuatu yang tidak kesampaian jika dia tidak terlebih dahulu memahami bagaimana menghayati erti cinta kepada manusia.

Memahami dengan sebenarnya prinsip dan falsafah hubungan kemanusiaan akan banyak membantu dia. Itupun kalau dia betul-betul memahami dan ingin mengkaji duduk sebenar perkara itu. Tapi… tidak ramai yang akan mengkaji dan memahaminya kerana berasa itu perkara enteng.

Saja sebut pasal ini kerana ramai daripada kita menyatakan kegembiraan dengan kehadiran ramadhan. Sekadar dari mulut, namun tak ramai yang mampu malah ada juga yang tidak tahu cara terbaik untuk menzahirkannya. Di sini tak timbul masalah ingin menunjuk atau sebagainya.

Yang penting selepas kita memahami prinsip ramadhan itu, dengan sendirinya kita akan cuba memahami bentuk tingkah laku bagaimana yang diperlukan sepanjang ramadhan lalu kita akan cuba mempraktikkannya sebagai tanda cinta dan rindu terhadap bulan mulia itu.

“Kalaulah mereka tahu bahawa ramadhan itu adalah kembali kepada fitrah semulajadi manusia…..”

2 comments:

Iffah said...

Salam,cermin diri..

kita berkongsi cinta yang sama :-)
Salam ramadhan buat cermin diri.Kak iffah doakan agar cermin diri diberi kekuatan didalam bulan agung ini untuk berpuasa,bertadarus,bertarawih,qiyamulail disamping membuat kebajikan-kebajikan yang lain.Ameen.Doakan juga untuk kak iffah.

Mak Su said...

betul tu, jgn mulut saja lantang berbicara, tapi di hati lain cerita

ikhlas itu penting :)

salam ramadhan