Saturday, August 4, 2007

BEZA ANTARA DUA

Hampir sebulan di Malaysia, kini cermin telah kembali semula ke Syria meneruskan sisa perjuangan hidup yang masih berbaki di sini. Rindu yang menggamit hati terasa terubat saat kaki menjejakkan kaki di bumi anbiya’ ini. Walaupun bahang panas menebar ke seluruh tubuh dan sedikit rimas, namun inilah duniaku. Negara yang telah kuanggap sebagai tanahair sendiri. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Memang, jikalau dibandingkan cuaca di Malaysia cukup berbeza. Dengan hujan yang turun setiap hari melembabkan suasana. Diiring pula angin yang bertiup sepoi menyejukkan tubuh.
Namun bagi diri yang sedang mencari makna kehidupan, kedua suasana tersebut tiada bezanya. Malah bagi mereka yang benar-benar memahami apa itu kehidupan akan menghargai setiap apa yang belaku dan berusaha menyesuaikan dirinya dalam apa jua keadaan yang ia hadapi. Dan itulah juga impian yang cuba cermin semaikan dalam diri.
Sebulan bekerja dengan media tv arab tersebut sedikit memberi kesan kepada diri. Terasa malas membungkam diri untuk menyambung kembali rutin hidup yang terhenti sejak sebulan itu. Ntahlah apa nak jadi……..Natijahnya kini bertimbun kerja yang terbelangkalai. Jadual hidup pula agak berserabut. Habis semua lintang pukang. Tak menentu jadinya.
Mungkin perlu ambil masa juga rasanya untuk mengatur kembali semuanya. Mudah-mudahan berjaya.

10 comments:

Bunga Rampai said...

Salam kehidupan,

Tak mengapa berserabut seketika, perkara biasa selepas meninggalkan rutin. Mudah-mudahan segalanya kembali seperti sediakala.

Saya suka entri ini, ada sesuatu yang seni menyentuh-nyentuh hati ketika membacanya :)

tintaHati said...

ohh bekerja dengan media arab...patutla tak jumpa...

ya selamat kembali ke bumi syria dan selamat meneruskan rutin kehidupan!

CerminDiri said...

salam kehidupan,

bungarampai,
mudah-mudahan begitulah hendaknya.
terima kasih,semoga ia satu semangat buat diri.

tintahati,
terima kasih atas ucapan tersebut

syauqah-el-wardah said...

Bekerja untuk Islam...

insya-Allah ada ganjarannya...

Achik_Sufi said...

erm...patutla tangguh 2 3 x kerja, serabut rupanya...

Anonymous said...

Salam,

Apapun, moga terus cekal dalam menghadapi segalanya :)

Unknown said...

Salam.

Wah! Lu lulok silia ho? Manyak syok ho? Lindu-lindu itu biasa ma! Lama-lama lu get use to it. Wa pun pelinah lulok hamburg enam bulan lo. Tido tatak sinang makan tatak nyalan! Lu sabar la ho?

Telima kasih lo. Kasi wa lalu sini timpat. Nyumpa lagi.

SoalHati said...

o..keje ngan media arab..baru tau.... teruskan bersemangat ye!

Unknown said...

Salam persahabatan. Kerap juga nampak ID cermindiri di blog sahabat2. Orang Syria rupa2nya. Kita bertukar2 URL boleh?

CerminDiri said...

salam kehidupan,

syauqah,
terima kasih atas nasihat tersebut

achik,
lepas ni boleh minta tolong lagilah yea

indahsakura,
terima kasih

zalisamaz,
boleh aje, apa salahnye..