Tuesday, December 4, 2007


ULASAN BUKU

“Membeza-bezakan agama itu termasuk dalam pemikiran ortodok. Agama itu hanyalah sebahagian daripada pemikiran seseorang. Semua agama itu baik dan setiap bangsa mempunyai agama asli yang timbul daripada bangsa itu sendiri. Kajilah agama asli itu kemudian kita serasikan semua kebudayaan nenek moyang kita yang murni itu dan inilah kewajipan bagi setiap pemuda”-perkataan salah seorang pemimpin Freemasonry.
“Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding seribu laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik”-perkataan salah seorang pemimpin Imperialis.
“Wahai bangasa Indonesia, khasnya kepada intelektual, janganlah kamu diracuni ideologi asing baik berupa Komunisme, Kapitalisme mahupun apa yang dinamakan ideologi Islam”-perkataan salah seorang anggota Freemasonry Indonesia bernama Drs. Suharjo.

Ketiga-tiga ucapan ini dipetik dari kandungan buku “Gerakan Freemasonry, Orientalisme, Kristianisasi -Musuh Dalam Menghancurkan Islam”. Satu buku yang cukup wajar dibaca oleh mereka-mereka yang mempunyai walau secebis impian untuk melihat Islam kembali berdaulat.


Disamping memperkenalkan kepada kita ketiga-tiga gerakan ini, matlamat penubuhan dan cabang gerakan yang dinaunginya, penulis juga ( Nik Azran Muhamed & Mohd Mahadi Hj. Isa ) memuatkan di dalam kajian mereka yang cukup bernilai ini percaturan-percaturan asas yang dimainkan oleh gerakan ini demi matlamat yang digariskan iaitulah menguasai dunia Islam, menghancurkannya kemudian menggantikannya dengan ideologi ciptaan mereka.

Dengan gaya bahasa yang cukup mudah difahami, penulis turut membentangkan kepada kita rentetan peristiwa di seluruh dunia yang didalangi oleh gerakan-gerakan ini demi matlamat yang satu berdasarkan fakta-fakta sejarah yang didatangkan seterusnya menyingkap rahsia penubuhan dan perancangan jahat mereka yang telah, sedang dan akan dijalankan.
Satu bahan kajian ilmiah yang seharusnya kita miliki, sekurang-kurangnya dijadikan bahan bacaan harian. Tidak rugi memilikinya dan tidak jemu membacanya kerana saya telah mencuba.



Catitan:
Untuk kali ini dan akan datang, cermin akan tampalkan di bahagian tepi ruang pondok ini protokol-protokol yahudi (24 protokol) yang dijadikan sebagai asas perlembagaan bagi gerakan pemusnah tatasusila dan keharmonian umat sejagat ini. Semoga kita tidak mudah terleka !!.....

10 comments:

Achik_Sufi said...

oooo....

bagus...

bagus...

Mak Su said...

kita jangan bodoh sangat, ek

Butaseni@Wan Raja said...

:)
saya suka rumusan ni heheh
salam kenai

CerminDiri said...

salam kehidupan,

acik,
apa yang bagusnya....masih tertanya-tanya.

maksu,
memang, sepatutnya macam tulah.

butaseni,
terima kasih. salam kenal.

banggugar said...

salam,

buku elok tu..

cermin!!.. sambungan cinta sang ratu bila nak beli..

hehehe
boleh aku pinjam

(",)

tintaHati said...

GUGAR, tinta ada nak pinjam? ;P

Oppss..hehe..Hurmm gambaran buku ini menunjukkan isi yang dibawa tu berat. Tapi kalau tulisan yang mudah difahami tentu senang untuk dibaca.

Kat luar sana terlalu banyak musuh Islam yang cuba menghancurkan Islam menggunakan kaedah halus yang kadang2 kita sendiri tidak sedar.

Mungkin dengan membaca buku ini, minda kita akan sedar. Tapi, cukup kah sekadar kesedaran semata-mata tanpa sebarang perubahan dan kebangkitan?

azidul awfa said...

siapa yang akan melawan musuh kita sendiri....
jawapannya ada pada kita...

BaYu SenJa said...

hmm..
bagus bagus..
Rasanya ada juga diantara tokoh yang selalu disebut dan dijadikan rujukan sehingga ada yang menggelarnya sebagai mujaddid oleh pendakwah di Malaysia.. sedangkan sebenarnya dia adalah antara penggerak fahaman-fahaman tersebut..
boleh cermin kenalkan?!

Unknown said...

sudah banyak diperkatakan tetapi masih tak sedar2

CerminDiri said...

salam kehidupan,

bang,
nantilah....xsampai lg.dah nak periksa pun sibuk dgn novel,apa punya tur...

tinta,
anda ada ke?....tlg beli satu bleh?...

uda,
yes....memang itu selayaknya.

bayu,
lain masa kot...perlu lebih bacaan untuk diketengahkan.

zalisa,
menunggu cermin pulang menerus jati umat islam.