Tuesday, April 1, 2008

TEMANKU BAJU SEJUK


Cuaca di sini malam tadi seolah baru hendak masuk musim sejuk. Walaupun sebenarnya musim sejuk sudah pun hampir ke penghujungnya (yealah…..sekarang dah bulan 4). Dengan angin yang sekali sekala kencang tiupannya terasa mencucuk hingga ke tulang sumsum. Bukan baru malam tadi, tapi sejak beberapa hari lepas. Cuma malam tadi terasa benar kesejukannya.
Alhamdulillah, cuaca dan tiupan angin itu tidak menghalang cermin dari menghadiri mesyuarat "berdiri" malam tadi. Ikutkan hati memang hendak mengunci diri di rumah sahaja, tapi memandangkan tanggungjawab itu adalah satu tanggungjawab terpaksa juga menggagahkan diri. Baju sejuk yang sudah disimpan dalam kotak dikeluarkan kembali sebagai teman meredahi angin malam. "aku masih memerlukan khidmatmu wahai baju sejukku".
Yea, memang malam tadi bukan seperti malam-malam musim panas. Orang kata itu penangan terakhir musim sejuk. Tak tahulah….. kalau betul pun, jangan sampai menggugat keimanan kita kepada Yang Esa. Dia yang maha pencipta dan dia jugalah maha pentadbir segalanya.
Oleh kerana cermin bukanlah pakar kaji cuaca ataupun pakar astronomi, malah bidang yang sedang diceburi pun bukan dalam medan tersebut terpaksalah untuk malam-malam seterusnya kalau bercadang ingin keluar malam perlu pastikan baju sejuk tidak tertinggal. Baju sejuk adalah teman idealku........

7 comments:

Mardihah said...

erm, baju sejuk memang dperlukan. mesti sejuk sana kan? selamat menjadikan baju sejuk teman ideal...takbir!

Mak Su said...

elok bawak selimut toto gaks

CerminDiri said...

salam kehidupan,

qudwah,
yea....pasangan ideal.hanya baju sejuk yg sudi....nak wat camne.

maksu,
cadang nak bawak, tapi takut org kata gila.

CikguZue said...

masih sejuk jugak, yea...
emm...takde toto, duvet pun tak per...heheh

Iman Mawaddah said...

Salam,

Apa khabar? Semoga sabar dan tabah.

tintaHati said...

Kat sini cuaca panas membahang! Jom tukar tempat kejap!

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cikguzue,
ade....tak bawak. lagipun berat.

iman,
terima ksih...

tintahati,
mana boleh....rugi. nak rasa kena datang sendiri la....