Wednesday, February 25, 2009

TAHUKAH KITA?....

Apabila cikgu memberitahu " minggu depan akan ada ujian bulanan, jadi harap semua murid dapat bersedia", maka murid mengangguk. Sambil mengangguk, mereka mula memikirkan bagaimana bentuk soalan yang akan ditanya, bab mana yang masuk, bentuk jawapan yang perlu. Di samping bertanya kawan kalau-kalau ada nota yang diberi cikgu.
Itu zaman persekolahan dulu dan kita semua rasanya pernah mengalaminya. Yang rajin akan mula menelaah pelajaran yang lalu, ada juga yang main"tembak" aje, pilih-pilih tajuk yang kemungkinan akan ditanya, tak kurang yang baca sekali lalu sambil berdoa agar soalan yang ditanya nanti mudah. Itu gelagat mereka yang bernama murid.
Sebenarnya tak ramai yang tahu bila musim ujian atau peperiksaan menjelang, bukan sahaja murid-murid sibuk dengan buku dan tekaannya, guru-guru pun begitu juga. Cuma sibuknya sedikit berlainan dan mereka lebih bersedia.
Terdahulu mereka akan mengulangkaji juga fasal-fasal dan topik yang telah mereka ajarkan agar soalan yang dibentuk nanti tak lari dari apa yang mereka telah ajar ( ini lebih melibatkan ujian bulanan). Mereka juga perlu melihat dan meneliti bentuk-bentuk soalan yang lepas dan menilai tahap kesesuaian terhadap bentuk pengajaran mereka. Hanya memilih bentuk-bentuk yang diperlukan sahaja.
Setiap soalan diletakkan skala markah yang sesuai. Ini pun sebenarnya dah mula memeningkan. Bukan saja-saja reka soalan. Markah perlu sesuai dengan nilai markah yang ditetapkan. Kalau tidak, nampak tak seimbang. Memang susahkan..... pelajar hanya menerima dan menjawab. Ini tak kira lagi dengan perasaan simpati guru itu lagi. Sesuai ke soalan ni?.... boleh ke mereka menjawab?..... tak payah sangat ke?..... kekadang emosi menganggu penumpuan.
Pelajar hanya tahu mereka ada ujian, tetapi mereka tidak tahu sebenarnya guru juga mengenakan ujian ke atas diri mereka sendiri.
( ini sebelum, bagaimana pula selepas?... )

6 comments:

Bunga Rampai said...

Salam,

Afdhalnya, ada ujian atau tiada ujian murid harus sentiasa bersedia.

Guru yang memahami kerjayanya sewajarnya juga peka akan kemampuan murid-muridnya.

Murid dan guru sama-sama belajar sebenarnya kerana kehidupan ini adalah tentang mencari ilmu - berterusan sehingga saat kembali kepadaNya.

Anonymous said...

kdg2 cikgu rasa soalan sikit punya senang, bila sampai kat depan mata murid, banyak yang rosib....huhuhu...cikgunya yang lebih sedih dr anak murid...betul x cikgu?

CerminDiri said...

salam kehidupan,

bungarampai,

ujian itu hanya mengikut aturan pendidikan formal. pendidikan di luar kelas kekadang kita sendiri lupa....

anonymous,

sedih bila tahu cara pengajaran kita kurang difahami.

Ain said...

wahh..xtahu pulak...ohh...

Mak Su said...

apa yg dipelajari dulu, semua dah terlupa dah sekarang :(

CerminDiri said...

salam kehidupan,

inn,

memang.... tidak ramai dari bekas murid tahu.

maksu,
mana bleh lupa. takkan 1+1 dah lupa.